Friday, June 4, 2010

OPERASI ORANG HILANG

4 FEBRUARI 2010 - Dipercayai seorang warga tua yang sedang mencari daun palas hilang di kawasan hutan berhampiran Kuari Sg. Batu Pahat. Pusat kawalan 999 Kangar mendapat berita dari Gerakan IPD Kangar pada jam 9.30 dan skuad yang bertugas terus bergegas ke tempat kejadian dengan kelengkapan yang mencukupi. JPAM Perlis bersama dengan PDRM telah memulakan operasi pencarian dengan mendirikan Pos Kawalan Tempat Kejadian bagi memudahkan urusan pencarian sehingga ke tengah malam.
Pada keesokan harinya mangsa yang dikenali Cik Din bin Cik Pi, 75 tahun telah ditemui mati oleh Pasukan penyelamat JPAM Perlis bersama penduduk kampung lebih kurang jam 8.30 pagi. Menurut dari waris mangsa, mangsa disangka hilang pada petang ketika dia pergi mencari daun palas di hutan Kuari Tangkin bermula dari awal pagi. Semasa operasi pencarian, penduduk kampung berhampirahn telah menemui bungkusan daun palas yang telah di petik oleh mangsa dan sebuah motosikal yang tidak jauh dari tempat mangsa ditemui.
Operasi pencarian ditutup pada jam 9.15 pagi setelah mangsa berjaya dibawa keluar dari tempat penemuan.