Wednesday, December 31, 2008

LAKSA PERLIS TARIKAN DATO' SERI SYED HAMID ALBAR

Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Jabatan Pertahanan Awam Peringkat Kebangsaan ternyata meriah dengan kehadiran warga JPAM dan pelawat dari luar negara. JPAM Perlis pada tahun ini menyajikan makanan popular negeri Perlis iaitu laksa dan cendol pulut.
Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar yang mengunjungi gerai JPAM Perlis ternyata tertarik dengan hidangan popular negeri Perlis dengan kelazatan laksa dan cendol. begitu juga dengan kehadiran pelawat luar negara yang mengunjungi gerai Perlis ternyata menunjukkan kelazatan makanan dari Perlis.


Sunday, December 14, 2008

LATIHAN PENGENDALIAN DAN PENYELENGGARAAN BOT

Latihan ini diadakan di Empangan Tasik Timah Tasoh, Perlis yang melibatkan anggota 70 orang pada 17-19 Oktober 2008. Anggota diajar untuk mengendalikan bot semasa operasi atau bencana dan melenyelanggara bot sebelum dan selepas penggunaan bot. Selain itu latihan ini disertai oleh Skuad Skuba JPAM Perlis.


Thursday, December 4, 2008

MAJLIS HARI RAYA BERSAMA DATO' KP

Majlis yang diadakan pada 7 Oktober ini ternyata meriah dengan kehadiran Yang Berbahagia Dato' Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. Selain itu, Dato' KP sempat meluangkan masa melawat infrastruktur baru JPAM Perlis yang menempatkan Bilik Gerakan Rescue 999 dan sesi temuramah bersama media. Majlis yang menyajikan makan tradisional negeri Perlis juga mendapat kunjungan dari agensi kerajaan dan swasta lain.
Kemeriahan Majlis dihadiri lebih 500 orang pengunjung dan ia adalah platform untuk JPAM Perlis merapatkan hubungan diantara agensi kerajaan dan swasta.

Lihat Keratan Berita



Wednesday, November 19, 2008

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT NEGERI PERLIS

JPAM Perlis tidak terkecuali dalam perbarisan Hari Kemerdekaan Yang Ke 51.Seramai 35 orang anggota terlibat dalam perbarisan. Platun yang disertai oleh anggota UiTM juga, telah membuat persiapan selama sebulan untuk menyertai perbarisan ini.





MAJLIS MAKAN MALAM

Majlis Makan Malam ini adalah sempena Perpisahan Pengarah, Tuan Mohd Johari Bin Mohd Taufik dan Penyelia Pengurusan Angkatan, Mohd Mukhrij Bin Md. Sabir yang akan bertukar tempat betugas di Ipoh Dan Kuala Terengganu. Selain itu ia adalah untuk meraikan peserta yang terlibat dengan Program Cabaran Jalan Lasak Merdeka Pertahanan Awam Yang diadakan pada 22-23 Ogos lalu.




Friday, October 24, 2008

CABARAN JALAN LASAK MERDEKA PERTAHANAN AWAM 2008


Cabaran yang dijalankan pada 22-23 Ogos ini melibatkan perjalanan hampir seluruh negeri Perlis. Bermula dari Bandar Kangar menuju ke Kuala Perlis-Simpang Empat-Arau-Chuping-Padang Besar-Beseri dan berakhir di Bandar Kangar. Cabaran ini terbuka kepada anggota Pertahanan Awam Negeri Perlis sahaja. Jarak perjalanan sejauh 68 Kilometer.
Cabaran ini bermula dari Bangunan Tun Hj Abdul Razak dan berakhir di bangunan Pejabat baru JPAM Perlis, Bangunan Kean Teong. Jarak setiap checkpoint sejauh 8-10 KM dan dijangka sampai dalam masa 24 jam. Setiap kumpulan diberikan bendera Jalur Gemilang untuk menanam sifat patriotik dikalangan anggota, selain itu setiap kumpulan ditugaskan untuk mengedarkan risalah berupa pamplet kepada penduduk kampung sepanjang melalui sesuatu kawasan.




Tuesday, October 7, 2008

PERPINDAHAN BILIK GERAKAN 999 JPAM PERLIS


Perpindahan ini bermula dengan perpindahan Bilik Gerakan RESCUE 999 pada 14 Ogos 2008 dan Pejabat JPAM Perlis akan berpindah dalam jangkamasa yang terdekat.

AKTIVITI GOTONG ROYONG

Wednesday, August 27, 2008

LATIHAN LUAR PENGURUSAN BENCANA


Pada 18 hingga 20 julai 2008,Jabatan Pertahanan Awam Negeri Perlis telah menjalankan latihan luar iaitu pengurusan bencana bertempat di tapak perkhemahan hujan-hujan di Gua Kelam. Latihan ini disertai seramai 90 orang anggota termasuk sukarelawan dan kadet Sekolah Menengah Syed Sirajuddin.

Anggota dibahagi kepada 3 kumpulan untuk latihan berterusan pengurusan bencana selama 12 jam. Latihan ini bertujuan untuk mempertingkatkan kemahiran anggota dalam pengurusan bencana. Anggota didedahkan cara untuk merawat mangsa yang mengalami kepatahan,kecederaan tulang belakang dan sebagainya.

Objektif utama latihan ini adalah para anggota dapat mengetahui cara pengurusan bencana dengan lebih cekap. Dari sudut lain melalui latihan ini juga dapat menilai tahap kemampuan kerjasama dikalangan anggota dalam operasi pengurusan bencana.

Latihan seperti ini perlu berterusan kerana pengetahuan yang mendalam tidak menjamin kecemerlangan tugas menyelamat dalam keadaan sebenar, sebaliknya kemahiran yang dilakukan secara praktikal yang kerap dan berterusan dapat menyumbang ke arah dapat mempertingkatkan lagi tahap profesionalisme anggota yang terlibat.

Pada hari terakhir latihan ini, anggota dikehendaki untuk mengikuti aktiviti jalan lasak bermula dari tapak perkhemahan hutan hujan-hujan di Gua Kelam melalui perkampungan Wang Kelian sejauh 12 KM.