Tuesday, December 1, 2009

KONVOI PEMANDUAN BERHEMAH

Untuk tonton video, klik di sini

23 Oktober 2009 - Setiap anggota yang inigin menjadi pemandu kenderaan jabatan terutamanya kenderaan operasi haruslah mempunyai kecekapan dan penilaian yang berkesan kepada kes yang ingin ditangani. Oleh itu JPAM Perlis telah menjayakan satu program Konvoi Sempena Latihan Pemanduan Berhemah JPAM Perlis Tahun 2009. Pemandu yang melaporkan diri bermula jam 6.00 petang bersiap sedia untuk menjalani penilaian dan ujian oleh Ketua Wasit dan taklimat yang disampaikan oleh Pemangku Pengarah JPAM Perlis, Kapt. (PA) Mohd Ruhaizul Bin Md Isa.
Selepas sesi taklimat, semua peserta menjalani kelas Perawatan Kecemasan dan Pertolongan Cemas yang merangkumi silibus Rawatan Kepatahan, Luka dan Pendarahan dan CPR. Peserta juga diajar kaedah mengisi borang yang melibatkan penggunaan kenderaan dan pengisian buku log secara terperinci.
Pergerakan konvoi pada 24 Oktober yang melibatkan 10 buah kenderaan operasi bermula dari PPAD Kangar menuju ke checkpoint yang ditetapkan. Checkpoint pertama Pekan kuala Nerang, anggota diuji untuk membuat rawatan kepatahan dan CPR. Setiap peserta diwajibkan untuk menjalani ujian ini kerana ia adalah syarat wajib untuk menjadi pemandu kenderaan jabatan. Tempat yang menjadi persinggahan konvoi ialah di Empang Beris, Sik, Kedah. Selain bemalam, tempat ini juga menjadi tempat untuk menilai pemandu mengendalikan bot. Bagi menguji ketangkasan anggota dalam operasi bencana, peserta diberikan latihan simulasi kenderaan dihempap pokok pada waktu malam bertempat di Lata Mengkuang.
Laluan yang ditetapkan memberi cabaran kepada peserta kerana kebanyakan kampung, bukit dan lurah dilalui. Antara laluan yang menjadi pilihan adalah Kuala Nerang, Baling, Pengkalan Hulu, Grik dan Kuala Kangsar, Perak menjadi persinggahan terakhir pasukan konvoi. Konvoi ini tamat kira-kira jam 1.00 pagi.









Untuk tonton video, klik di sini

Monday, November 16, 2009

KEMERIAHAN SAMBUTAN AIDILFITRI

19 Oktober 2009- Perjalanan petugas logistik dan persiapan bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Kebangsaan yang diadakan di ALPHA Bangi pada tahun ini membuktikan semangat di kalangan anggota JPAM Perlis untuk menyambut hari raya bersama Warga JPAM yang lain walaupun di penghujung Bulan Syawal. Rekaan gerai pada tahun ini bertemakan binaan rumah kampung Perlis yang juga menjadi tarikan tatamu yang mengunjung ke gerai JPAM Perlis.
Seperti tahun sebelum ini, Laksa Perlis dan cendol pulut menjadi pilihan Warga JPAM Perlis untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri, Y.Bhg Dato' Sri Mahmood bin Adam, ketua-ketua jabatan KDN dan pegawai tinggi Pertahanan Awam. Kemeriahan Sambutan Hari raya tahun ini dapat dijalinkan dengan hidangan makanan tradisi nengeri masing-masing dan acara-acara yang disusun seperti persembahan nyanyian oleh artis popular Ramli Sarip dan warga JPAM sendiri.





Monday, November 9, 2009

Tarikh: 10 Oktober 2009
Tempat: Kuari Tapak Projek Pembinaan UniMAP, Ulu Pauh, Perlis.

Untuk tonton video, Klik di sini







Untuk tonton video, Klik di sini


Saturday, November 7, 2009

PERHIMPUNAN PA DAN SAMBUTAN HARI RAYA

3 Oktober 09- Di dalam menyambut kemeriahan Aidilfitri warga JPAM Perlis juga memeriahkan sambutan Perhimpunan Pertahanan Awam Malaysia Dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Negeri Perlis yang diadakan di Dataran Dato' Sheikh Ahmad, Kangar. Persediaan yang lengkap yang ditunjukkan di kalangan anggota membuktikan perhimpunan ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Perhimpunan yang diadakan pada tahun ini adalah bertujuan untuk mempromosikan Pertahanan Awam dari segi peranan dan tugas sebenar jabatan.
Ketibaan Pemangku Pengarah JPAM Perlis, Kapt. (PA) Mohd Ruhaizul Bin Md Isa @ Mansur pada jam 9.00 pagi disertai pemeriksaan kawalan kehormat yang juga disertai oleh anggota Pertahanan Awam dari Unit SISPA dan PISPA seluruh Perlis. Pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti Pameran yang melibatkan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan kesihatan, suntikan vaksin, sukaneka, The Civil Defence Explorace yang melibatkan penyertaan anggota dalam pertandingan kemahiran Pertahanan Awam yang dijalan di seluruh bandar Kangar.
Majlis sambutan hari raya pada sebelah malamnya ternyata meriah dengan kehadiran seluruh rakyat Negeri Perlis di samping melibatkan aktiviti bersama masyarakat. Para anggota dan orang awam turut mengenengahkan bakat mereka dalam persembahan karaoke. Acara kemuncak pada Majlis Sambutan Hari Raya, Pemangku pengarah turut menyampaikan hadiah pertandingan The Civil Defence Explorace kepada pemenang yang mana peserta dari unit SISPA Politeknik Syed Sirrajudin menjadi johan dalam pertandingan tersebut.





Wednesday, October 21, 2009

KONVOI MERDEKA PERTAHANAN AWAM NEGERI PERLIS

Untuk tonton video, Klik di sini.

27 Ogos 2009- Semangat kemerdekaan pada tahun ini tidak pudar walaupun seluruh umat Islam menyambut Ramadhan. Bagi memeriahkan kemerdekaan pada tahun ini JPAM Perlis telah mengadakan program Konvoi Merdeka Pertahanan Awam Negeri Perlis. Pergerakan konvoi yang bermula di PPAD Kangar itu telah melibatkan seramai 100 oarang anggota dan 3 checkpoint yang menjadi persinggahan konvoi pada tahun ini ialah di Pekan Kuala Perlis, Pekan Pauh dan Padang Besar.
Dalam konvoi yang melibatkan sebanyak 14 buah kenderaan jabatan, para anggota mengambil peluang untuk mengedarkan pamplet JPAM kepada orang awam terutama yang berkunjung ke bazar Ramdahan sebagai mempromosikan JPAM Perlis. Persinggahan di setiap checkpoint ternyata memberikan reaksi kepada orang ramai tentang keanggotaan JPAM.
Selepas destinasi terakhir di Padang Besar, pasukan konvoi terus bergerak ke PPAD Kangar untuk majlis berbuka puasa sempena program ini.






Untuk tonton video, Klik di sini.

Sunday, October 4, 2009

LATIHAN PENGENDALIAN BOT

Pada 14-17 Ogos 2009, JPAM Negeri Perlis telah mengadakan latihan penyelenggaraan bot di Pantai Kok Langkawi Kedah dan menginap di Pantai Pasir Tengkorak. Lebih kurang 100 orang anggota termasuk pegawai turut sertai latihan tersebut. Kerjasama dari anggota JPAM Langkawi Kedah untuk menjayakan latihan tersebut amat dihargai. Perlawanan persahabatan bola sepak di antara JPAM Perlis dan JPAM Langkawi turut dilangsungkan pada sebelah malam 15 Ogos 2009.

Latihan yang dijalankan ini dapat meningkatkan kemahiran anggota yang terlibat. Tujuan latihan ini adalah untuk menigkatkan lagi kemahiran anggota JPAM mengendali bot sama ada semasa operasi bencana atau tugasan menyelamat. Jutulatih dari JPAM Langkawi dan Perlis ternyata menunjukkan komitmen dalam latihan ini.

Teknik mengangkat mangsa lemas di dalam air juga di ajar oleh jurulatih. Walaupun cuaca panas semasa menjalankan latihan tersebut, jurulatih tidak kenal erti penat mengajar para anggota. Selain itu, latihan seperti ini dapat melahirkan satu pasukan yang dapat bekerjasama dalam satu pasukan.





TAHNIAH PASUKAN KAWAD

25 Julai - Melaka. Pasukan Kadet Pertahanan Awam Negeri Perlis tidak pulang dengan tangan kosong di mana Pasukan Kawad dari sekolah Menengah Tengku Suleiman berjaya menjadi Johan dalam Pertandingan Kawad Kaki Sempena Perkhemahan Integrasi Kadet Pertahanan Awam peringkat Kebangsaan yang telah berlangsung di Kem Pengakap Bukit Katil, Melaka pada 19-25 Julai 2009. Penglibatan Kadet JPAM Perlis dalam lain-lain acara juga tidak kurang hebatnya berbanding dengan kontingen yang lain.