Tuesday, September 28, 2010

PERHIMPUNAN PERTAHANAN AWAM PERINGKAT KEBANGSAAN 2010

4-8 Ogos 2010 - Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) telah mengadakan perhimpunan peringkat kebangsaan di Teluk Batik, Lumut, Perak. Sebanyak 12 negeri (kecuali sabah dan sarawak) telah menghantar anggota (81 orang termasuk pegawai) untuk menyertai pertandingan kemahiran yang telah di tetapkan seperti Menyelamat Tempat Tinggi, Road Accident Managemant (RAM), Penyelamat Pantai (Baywatch), Melawan Kebakaran, Kawad Formasi, Pengendalian Bot, Explorace dan Integrated.

Selain itu terdapat juga pertandingan renang terbuka. Sebanyak 56 anggota telah menyertai pertandingan terbuka. Lebih menggembirakan lagi peserat dari Perlis telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. JPAM Perlis juga turut mengadakan pameran melawan kebakaran alih ganti atau cara tradisional.




Monday, September 20, 2010

PERKHEMAHAN KAPA PERINGKAT KEBANGSAAN 2010

18-22 Julai 2010 - seramai 43 orang yang terdiri daripada peserta kadet Pertahanan Awam (KAPA) dan guru pengiring serta jurulatih terlibat dalam Perkhemahan Integrasi Kadet Pertahanan Awam Peringkat Kebangsaan Kali ke 9 Tahun 2010 yang telah berjaya disempurnakan di Pusat Kokurikulum Kem Tasek Utara, Johor Bahru, Johor Darul Takzim.

Sebanyak 5 kategori telah dipertandingkan dalam perkhemahan kali ini, diantaranya ialah Kawad kaki, menyelamat, Perawatan kecemasan, Melawan kebakaran dan Kebudayaan. Selain itu, aktiviti integrasi ialah Repealing, Kayak, Flying Fox, Lawatan dan persembahan Kebudayaan dari Yayasan Warisan Johor. Semangat yang ditunjukkan oleh peserta KAPA dan guru pengiring dari JPAM Perlis tidak pernah pudar dengan penglibatan mereka dalam setiap pertandingan yang terlibat.

Kemeriahan perkhemahan ini turut dirasa oleh warga JPAM Perlis kerana kontingen dari Perlis telah meraih tempat kedua dalam pertandingan kemahiran bagi kategori Perawatan kecemasan yang mana segala usaha keras dalam menyertai pertandingan ini berbaloi. Sistem pengadilan pada perkhemahan kali ini melibatkan jurulatih-jurulatih dari Pusat Latihan dan Akademi Latihan Pertahanan Awam.

Negeri Perlis yang pernah menjadi tuan rumah pada 2007 akan sentiasa meningkatkan tahap kemahiran anggota KAPA dalam setiap kemahiran yang diketengahkan dalam apa jua aktiviti yang dianjurkan terutamanya Negeri Terengganu yang akan menjadi hos pada perkhemahan Integrasi KAPA tahun 2011.

Lihat Keratan akhabar




Pertandingan Kemahiran






Upacara Pembukaan dirasmikan oleh wakil Jabatan Pelajaran Negeri Johor



Lawati laman facebook untuk lain-lain gambar

Wednesday, September 1, 2010

RIBUT PETIR DIKUALA PERLIS

Pada 15 Julai 2010 bencana ribut telah menyebabkan 6 keluarga terpaksa dipindahkan ke tempat pemindahan kerana kediaman kepada 6 keluarga tersebut musnah dilanda ribut. Anggaran seramai 121 orang yang terlibat dalam bencana tersebut. Pusat pemindahan telah dibuka dari 15 Julai hingga 20 Julai 2010 yang bertempat di Dewan Saujana Sekolah Kebangsaan Seberang Ramai Kuala Perlis.

Walau bagaimanapun, bantuan telah diberikan dengan baik oleh agensi - agensi kerajaan lain seperti Rela, Angkatan Tentera Malaysia, PDRM, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bomba dan Penyelamat serta Skuad Sayang (Wanita Umno Kangar). Dengan kerjasama agensi tersebut, sedikit sebanyak dapat meringankan beban kepada mangsa ribut.

Seramai 60 orang Anggota JPAM yang ditugaskan untuk ke tempat bagi membawa mangsa ke pusat pemindahan. Berikutan kejadian itu, sebahagian daripada mereka menumpang sementara di rumah jiran dan keluarga, manakala sebahagian lagi ditempatkan di Pusat Pemindahan Mangsa Bencana Alam yang dibuka oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Ramai di sini.

Antara kawasan yang dilanda ribut ialah Kediaman Unimap Seberang Ramai Kg Wai, Seberang Alor, Pulau Ketam, Seberang Jaya, Kg Padang Cina, dan Taman Bukit Kubu.

Lihat Keratan Akhbar