Monday, November 16, 2009

KEMERIAHAN SAMBUTAN AIDILFITRI PERINGKAT KEBANGSAAN

Bangi,Selangor 19 Oktober 2009- Perjalanan petugas logistik dan persiapan bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Kebangsaan yang diadakan di ALPHA Bangi pada tahun ini membuktikan semangat di kalangan anggota JPAM Perlis untuk menyambut hari raya bersama Warga JPAM yang lain walaupun di penghujung Bulan Syawal. Rekaan gerai pada tahun ini bertemakan binaan rumah kampung Perlis yang juga menjadi tarikan tatamu yang mengunjung ke gerai JPAM Perlis.
Seperti tahun sebelum ini, Laksa Perlis dan cendol pulut menjadi pilihan Warga JPAM Perlis untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri, Y.Bhg Dato' Sri Mahmood bin Adam, ketua-ketua jabatan KDN dan pegawai tinggi Pertahanan Awam. Kemeriahan Sambutan Hari raya tahun ini dapat dijalinkan dengan hidangan makanan tradisi nengeri masing-masing dan acara-acara yang disusun seperti persembahan nyanyian oleh artis popular Ramli Sarip dan warga JPAM sendiri.





Monday, November 9, 2009

Saturday, November 7, 2009

PERHIMPUNAN PERTAHANAN AWAM DAN SAMBUTAN HARI RAYA

Kangar, Perlis 3 Oktober 2009- Di dalam menyambut kemeriahan Aidilfitri warga JPAM Perlis juga memeriahkan sambutan Perhimpunan Pertahanan Awam Malaysia Dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Negeri Perlis yang diadakan di Dataran Dato' Sheikh Ahmad, Kangar. Persediaan yang lengkap yang ditunjukkan di kalangan anggota membuktikan perhimpunan ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Perhimpunan yang diadakan pada tahun ini adalah bertujuan untuk mempromosikan Pertahanan Awam dari segi peranan dan tugas sebenar jabatan.
Ketibaan Pemangku Pengarah JPAM Perlis, Kapt. (PA) Mohd Ruhaizul Bin Md Isa @ Mansur pada jam 9.00 pagi disertai pemeriksaan kawalan kehormat yang juga disertai oleh anggota Pertahanan Awam dari Unit SISPA dan PISPA seluruh Perlis. Pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti Pameran yang melibatkan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan kesihatan, suntikan vaksin, sukaneka, The Civil Defence Explorace yang melibatkan penyertaan anggota dalam pertandingan kemahiran Pertahanan Awam yang dijalan di seluruh bandar Kangar.
Majlis sambutan hari raya pada sebelah malamnya ternyata meriah dengan kehadiran seluruh rakyat Negeri Perlis di samping melibatkan aktiviti bersama masyarakat. Para anggota dan orang awam turut mengenengahkan bakat mereka dalam persembahan karaoke. Acara kemuncak pada Majlis Sambutan Hari Raya, Pemangku pengarah turut menyampaikan hadiah pertandingan The Civil Defence Explorace kepada pemenang yang mana peserta dari unit SISPA Politeknik Syed Sirrajudin menjadi johan dalam pertandingan tersebut.