Tuesday, July 14, 2009

PERKHEMAHAN INTEGRASI KADET PERTAHANAN AWAM PERINGKAT NEGERI PERLIS

2-4 Mei 2009- Kerjasama JPAM Perlis dengan Jabatan Pelajaran Negeri Perlis pada tahun ini dalam menjayakan Perkhemahan Integrasi Kadet Pertahanan Awam Peringkat Negeri Perlis di teruskan dengan kekuatan peserta seramai 348 orang. Penganjuran perkhemahan pada tahun ini adalah pemilihan untuk melayakkan ke Perkhemahan Intergrasi Kadet Pertahanan Awam Peringkat Kebangsaan 2009 di Melaka pada Julai ini.

Perkhemahan yang melibatkan dari 9 buah sekolah dan 19 orang guru pengiring seluruh negeri Perlis, mengandungi beberapa silibus kokurikulum pembelajaran yang diterapkan di dalam 4 jenis pertandingan kemahiran seperti Perawatan Awal, Melawan Kebakaran, Kawad Kaki dan Menyelamat. selain dari pertandingan kemahiran turut diadakan pertandingan kebudayaan.
Seramai 33 jurulatih dan pengadil yang terlibat di dalam perkhemahan ini ternyata menunjukkan semangat dan ketekunan dalam menjalankan sesuatu pertandingan. Pusat Kokurikulum Kem Tasoh pada tahun ini sekali lagi menjadi medan untuk menilai kemahiran anggota kadet dari pelbagai sekolah.
Acara perasmian penutup yang berlangsung pada 2.30 petang dirasmikan oleh Tuan Pengarah JPAM Perlis, Mejar (PA) Mohtar Bin Samat dan dihadiri oleh wakil dari Jabatan Pelajaran Negeri Perlis iaitu Encik Sharudin Mahmud, Ketua Unit Kokurikulum JPN Perlis.