Wednesday, August 11, 2010

PERKHEMAHAN INTEGRASI KADET PA (KAPA) PERINGKAT NEGERI PERLIS TAHUN 2010

2-4 JULAI 2010 - Bertempat di Pusat Ko-Kurikulum Kem Tasoh, JPAM pada tahun ini melibatkan sebanyak 9 buah sekolah dalam Perkhemahan Integrasi Kadet Pertahanan awam (KAPA) Peringkat Negeri Perlis dengan jumlah seramai 246 orang anggota kadet.

Pertandingan dan aktiviti yang diadakan adalah berdasarkan sukatan dan syarat pertandingan Kemahiran Kadet yang dikeluarkan oleh Pusat Latihan pertahanan Awam Malaysia sempena Perkhemahan Integrasi Kadet Pertahanan Awam Peringkat Kebangsaan antaranya adalah melawan kebakaran, perawatan kecemasan, kawad kaki, menyelamat dan kebudayaan. Semua jurulatih dan AJK dalam perkhemahan ini telah berupaya untuk melatih dan memilih anggota kadet yang layak untuk ke peringkat kebangsaan yang akan berlangsung pada 18-22 Julai 2010 di negeri Johor.

Majlis penutup perkhemahan ini telah di rasmikan oleh wakil Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Perlis En Shabri bin Ghazali dan penglibatan ahli kadet dari semua sekolah pada tahun ini makin bertambah berikutan dengan fungsi Pertahanan Awam untuk melatih semua organisasi dalam ilmu Pertahanan Awam.