Monday, March 30, 2009
KURSUS KETUA PLATUN KADET PERTAHANAN AWAM
Asas-asas Pertahanan Awam diterapkan mengikut seksyen Pertahanan Awam seperti Perawatan Awal (Medic), Tatacara Kawad, Melawan Kebakaran serta Menyelamat Teknikal (A&D). JPAM Negeri Perlis adalah negeri yang pertama mengadakan Kursus Ketua Platun Kadet Pertahanan Awam Malaysia.
Modus Operandi kursus ini diadakan adalah untuk melatih bakal-bakal ketua platun kadet untuk memimpin satu platun serta membantu guru penyelaras dan jurulatih dalam melaksanakan aktiviti di sekolah.
Majlis penutup dirasmikan oleh Pengarah JPAM Negeri Perlis iaitu, Yang Setia Mejar (PA) Mohtar Bin Samat. Turut hadir, wakil dari Jabatan Pelajaran Negeri Perlis serta guru-guru penyelaras kadet. Kursus ini tamat dengan kegembiraan yang jelas terpancar disetiap wajah anggota kadet
SELAMAT DATANG PENGARAH
Sunday, March 1, 2009
OPERASI MENCARI MANGSA MATI LEMAS
Pada 1 Januari 2009 yang lalu,Pusat Kawalan 999 Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) negeri Perlis telah menerima satu panggilan kecemasan daripada seorang anggota yang memaklumkan bahawa terdapat satu kejadian mangsa hilang di sungai Kodiang,Kedah.Mangsa dipercayai jatuh ke dalam sungai bersama-sama dengan sebuah motosikal yang dipercayai motosikal curi.Anggota Skuad yang bertugas telah bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan operasi menyelamat.Pada 2 januari 2009,pasukan skuba dan beberapa anggota JPAM negeri Perlis telah diarahkan untuk ke tempat kejadian bagi meneruskan operasi menyelamat kerana mangsa masih lagi belum ditemui dan dipercayai masih ada di dalam sungai tersebut.Pasukan skuba JPAM negeri Perlis bersama-sama dengan pasukan skuba JPAM negeri Kedah bekerjasama untuk mencari dan menyelamat mangsa lemas.Turut menyertai operasi tersebut ialah pasukan Polis dan anggota Bomba.Sebuah bot JPAM negeri Perlis telah di bawa untuk operasi tersebut.Operasi menyelamat berlarutan sehingga lewat petang yang bermula dari pagi dan mengambil masa 8 jam.Operasi tersebut ditamatkan pada 3 Januari 2009 selepas perbincangan antara pihak JPAM,Bomba dan Polis memutuskan mangsa tiada di dalam sungai.