Pada 13 Februari 2009 hingga 17 Februari 2009, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Negeri Perlis telah mengadakan Kursus Ketua Platun Kadet Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perlis yang bertempat di tapak perkhemahan Hutan Hujan-Hujan Gua Kelam Perlis. Kursus ini melibatkan penyertaan anggota kadet seramai 69 orang dari 10 buah sekolah, dimana setiap sekolah diwakili oleh 7 orang anggota.
Asas-asas Pertahanan Awam diterapkan mengikut seksyen Pertahanan Awam seperti Perawatan Awal (Medic), Tatacara Kawad, Melawan Kebakaran serta Menyelamat Teknikal (A&D). JPAM Negeri Perlis adalah negeri yang pertama mengadakan Kursus Ketua Platun Kadet Pertahanan Awam Malaysia.
Modus Operandi kursus ini diadakan adalah untuk melatih bakal-bakal ketua platun kadet untuk memimpin satu platun serta membantu guru penyelaras dan jurulatih dalam melaksanakan aktiviti di sekolah.
Majlis penutup dirasmikan oleh Pengarah JPAM Negeri Perlis iaitu, Yang Setia Mejar (PA) Mohtar Bin Samat. Turut hadir, wakil dari Jabatan Pelajaran Negeri Perlis serta guru-guru penyelaras kadet. Kursus ini tamat dengan kegembiraan yang jelas terpancar disetiap wajah anggota kadet
No comments:
Post a Comment