Monday, May 4, 2009

OPERASI BANJIR DI ULU PAUH

29 Mac 2009, Skuad petugas pusat kawalan 999 Kangar di gegaskan ke lokasi banjir yang telah menelan beberapa kawasan di Ulu Pauh berhampiran dengan Politeknik Syed Sirrajuddin, Pauh termasuk kedua-dua hala lebuhraya Kuala Perlis –Changloon. Anggota seramai 30 orang dikerahkan di dalam operasi ini dan diketuai oleh Lt.(PA) Marzuki bin Jamil sebagai pegawai yang bertugas pada ketika itu.

Turut hadir bagi meninjau kawasan tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Pauh, Datuk Seri Syed Razlan Jamalullail. Banjir kilat ini berpunca dari hulu sungai Ulu Pauh yang dilanda hujan lebat dan anggota JPAM Perlis diarahkan untuk membuat persiapan susulan seperti persediaan bot dan kelengkapan lain kerana kemungkinan banjir akan semakin teruk. Sebanyak 20 keluarga dipindahkan di pusat pemindahan berdekatan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).



No comments: