Saturday, November 7, 2009

PERHIMPUNAN PERTAHANAN AWAM DAN SAMBUTAN HARI RAYA

Kangar, Perlis 3 Oktober 2009- Di dalam menyambut kemeriahan Aidilfitri warga JPAM Perlis juga memeriahkan sambutan Perhimpunan Pertahanan Awam Malaysia Dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Negeri Perlis yang diadakan di Dataran Dato' Sheikh Ahmad, Kangar. Persediaan yang lengkap yang ditunjukkan di kalangan anggota membuktikan perhimpunan ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Perhimpunan yang diadakan pada tahun ini adalah bertujuan untuk mempromosikan Pertahanan Awam dari segi peranan dan tugas sebenar jabatan.
Ketibaan Pemangku Pengarah JPAM Perlis, Kapt. (PA) Mohd Ruhaizul Bin Md Isa @ Mansur pada jam 9.00 pagi disertai pemeriksaan kawalan kehormat yang juga disertai oleh anggota Pertahanan Awam dari Unit SISPA dan PISPA seluruh Perlis. Pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti Pameran yang melibatkan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan kesihatan, suntikan vaksin, sukaneka, The Civil Defence Explorace yang melibatkan penyertaan anggota dalam pertandingan kemahiran Pertahanan Awam yang dijalan di seluruh bandar Kangar.
Majlis sambutan hari raya pada sebelah malamnya ternyata meriah dengan kehadiran seluruh rakyat Negeri Perlis di samping melibatkan aktiviti bersama masyarakat. Para anggota dan orang awam turut mengenengahkan bakat mereka dalam persembahan karaoke. Acara kemuncak pada Majlis Sambutan Hari Raya, Pemangku pengarah turut menyampaikan hadiah pertandingan The Civil Defence Explorace kepada pemenang yang mana peserta dari unit SISPA Politeknik Syed Sirrajudin menjadi johan dalam pertandingan tersebut.





No comments: