Tuesday, December 1, 2009

KONVOI PEMANDUAN BERHEMAH

Untuk tonton video, klik di sini

Kuala Kangsar, Perak 23 Oktober 2009-Setiap anggota yang inigin menjadi pemandu kenderaan jabatan terutamanya kenderaan operasi haruslah mempunyai kecekapan dan penilaian yang berkesan kepada kes yang ingin ditangani. Oleh itu JPAM Perlis telah menjayakan satu program Konvoi Sempena Latihan Pemanduan Berhemah JPAM Perlis Tahun 2009. Pemandu yang melaporkan diri bermula jam 6.00 petang bersiap sedia untuk menjalani penilaian dan ujian oleh Ketua Wasit dan taklimat yang disampaikan oleh Pemangku Pengarah JPAM Perlis, Kapt. (PA) Mohd Ruhaizul Bin Md Isa.
Selepas sesi taklimat, semua peserta menjalani kelas Perawatan Kecemasan dan Pertolongan Cemas yang merangkumi silibus Rawatan Kepatahan, Luka dan Pendarahan dan CPR. Peserta juga diajar kaedah mengisi borang yang melibatkan penggunaan kenderaan dan pengisian buku log secara terperinci.
Pergerakan konvoi pada 24 Oktober yang melibatkan 10 buah kenderaan operasi bermula dari PPAD Kangar menuju ke checkpoint yang ditetapkan. Checkpoint pertama Pekan kuala Nerang, anggota diuji untuk membuat rawatan kepatahan dan CPR. Setiap peserta diwajibkan untuk menjalani ujian ini kerana ia adalah syarat wajib untuk menjadi pemandu kenderaan jabatan. Tempat yang menjadi persinggahan konvoi ialah di Empang Beris, Sik, Kedah. Selain bemalam, tempat ini juga menjadi tempat untuk menilai pemandu mengendalikan bot. Bagi menguji ketangkasan anggota dalam operasi bencana, peserta diberikan latihan simulasi kenderaan dihempap pokok pada waktu malam bertempat di Lata Mengkuang.
Laluan yang ditetapkan memberi cabaran kepada peserta kerana kebanyakan kampung, bukit dan lurah dilalui. Antara laluan yang menjadi pilihan adalah Kuala Nerang, Baling, Pengkalan Hulu, Grik dan Kuala Kangsar, Perak menjadi persinggahan terakhir pasukan konvoi. Konvoi ini tamat kira-kira jam 1.00 pagi.









Untuk tonton video, klik di sini

No comments: