Wednesday, September 1, 2010

RIBUT PETIR DIKUALA PERLIS

Pada 15 Julai 2010 bencana ribut telah menyebabkan 6 keluarga terpaksa dipindahkan ke tempat pemindahan kerana kediaman kepada 6 keluarga tersebut musnah dilanda ribut. Anggaran seramai 121 orang yang terlibat dalam bencana tersebut. Pusat pemindahan telah dibuka dari 15 Julai hingga 20 Julai 2010 yang bertempat di Dewan Saujana Sekolah Kebangsaan Seberang Ramai Kuala Perlis.

Walau bagaimanapun, bantuan telah diberikan dengan baik oleh agensi - agensi kerajaan lain seperti Rela, Angkatan Tentera Malaysia, PDRM, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bomba dan Penyelamat serta Skuad Sayang (Wanita Umno Kangar). Dengan kerjasama agensi tersebut, sedikit sebanyak dapat meringankan beban kepada mangsa ribut.

Seramai 60 orang Anggota JPAM yang ditugaskan untuk ke tempat bagi membawa mangsa ke pusat pemindahan. Berikutan kejadian itu, sebahagian daripada mereka menumpang sementara di rumah jiran dan keluarga, manakala sebahagian lagi ditempatkan di Pusat Pemindahan Mangsa Bencana Alam yang dibuka oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Ramai di sini.

Antara kawasan yang dilanda ribut ialah Kediaman Unimap Seberang Ramai Kg Wai, Seberang Alor, Pulau Ketam, Seberang Jaya, Kg Padang Cina, dan Taman Bukit Kubu.

Lihat Keratan Akhbar














No comments: