25 September 2010 - Kemeriahan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dihadiri lebih kurang 700 orang warga Pertahanan Awam Negeri Perlis dan Zon Utara ternyata menunjukkan semakin berkembang ahli keluarga Pertahanan Awam dalam menjadikan sebuah jabatan yang kuat dengan fungsinya sendiri. Ketua Pengarah Pertahanan Awam Malaysia, Dato' Hj Abdul Halim bin Abdul Hamid bersama isterinya, Datin Nawan Bt Salleh berpuas hati dengan majlis yang telah berlangsung walaupun dalam keadaan cuaca hujan. Dato' bersama datin juga melawat ke gerai-gerai makanan dan minuman popular negeri Perlis yang telah diatur dan disediakan oleh warga JPAM sendiri sebanyak 15 menu yang telah menjadi hidangan Dato'. Dalam majlis tersebut diadakan sesi karaoke dan anggota juga menunjukkan bakat dalam sesi berbalas pantun yang menjadi tarikan hadirin yang hadir sambil menjamu selera.
Sebanyak 15 makanan dan minuman pada majlis sambutan ini adalah hasil dari kreativiti anggota sendiri dalam penyediaan hidangan masing-masing yang terdiri daripada kambing golek, laksa Perlis, satay, aiskrim, nasi kerabu, kew teow kerang, cendol pulut dan lain-lain. Dalam Ucapan Dato' Ketua Pengarah, JPAM seluruh Malaysia akan menganjurkan majlis seumpama ini sepanjang bulan Syawal dan dihadiri oleh Pegawai Pengurusan Tertinggi Pertahanan Awam termasuk Ketua Pengarah sendiri. Selain itu dalam sidang media, dato' telah mengumumkan statistik program Ops Bantu yang telah berjalan selama lebih kurang 2 minggu sempena musim perayaan Aidilfitri dan negeri Perlis telah mencatatkan sebanyak 77 kes dan 65 mangsa.
Kemeriahan semakin terjalin dengan kehadiran oleh Warga PISPA dan SISPA dari UniMAP, IKBN, Politeknik, ILP, IKM, guru penyelaras Kadet Pertahanan Awam dan Peserta Kursus Asas Siri 8/2010 yang sedang menjalani Kursus Asas Pertahanan Awam.
Lihat Paparan berita tempatan lain
No comments:
Post a Comment