1-6 November 2010 - Kali terakhir Perlis dilanda banjir besar pada tahun 2005 dan setelah 5 tahun kemudian sekali lagi JPAM Perlis diberi tugas untuk mengemudi Operasi Banjir Perlis 2010 dengan memberi khidmat kemanusiaan kepada rakyat. Dengan bantuan dari JPAM Negeri Selangor, Ibu Pejabat, Melaka, P.Pinang dan Johor Operasi ini berjalan dengan lancar walaupun kebanyakan jentera JPAM Perlis terkandas, namun tinggal Handalan 5 Tan sahaja yang menjadi tulang belakang operasi ini. Sebanyak 73 pusat pemindahan berdasarkan kawasan yang dilanda banjir. Bandar Kangar hampir lumpuh sepenuhnya telah kembali pulih pada hari ke 6 kejadian banjir yang telah memutuskan perhubungan dengan kawasan luar. Namun bantuan seramai lebih 200 orang anggota Pasukan JPAM telah memudahkan pergerakan dan operasi menyelamat.
Ketua Pengarah, Dato' Hj Abdul Halim bin Abdul Hamid yang hadir menyatakan rasa bangga diatas semangat sukarelawan para anggota yang terlibat dalam operasi ini tanpa putus memberi khidmat yang terbaik untuk masyarakat. Beliau juga dibawa ke kawasan yang telah menenggelamkan hampir keseluruhan negeri Perlis dan Pusat Pemindahan Mangsa Banjir di SK Tambun Tulang. Bilik Gerakan MKN yang terletak di kompleks SUK telah dibuka dan menempatkan pegawai-pegawai dari tiap-tiap agensi yang terlibat menerima kes dan melaksanakan tugas berdasarkan arahan yang diterima. Tumpuan lebih diberikan kepada penduduk yang mengalami kecemasan di dalam kawasan yang terputus hubungan dan bantuan kepada kakitangan hospital untuk memberi rawatan di hospital.
Kebanyakan jalan-jalan utama ditutup kepada kenderaan ringan telah menyebabkan bekalan makanan berkurangan apabila kedai dan pasaraya di Kangar menutup operasinya. Mengikut maklumat tak rasmi yang diterima, limpahan air yang datang adalah disebabkan pembukaan empangan secara drastik di Wilayah Hatyai telah memberi impak di Negeri Perlis dan sempadan Kedah. Oleh itu, penduduk diingatkan supaya berjaga-jaga kemungkinan banjir besar ini akan berulang. JPAM Perlis sentiasa mengingatkan rakyat negeri ini menerusi siaran radio dan internet supaya sentiasa menjaga keselamatan keluarga dan harta benda sepanjang bencana ini berlaku di samping wabak penyakit yang mungkin akan menular kepada penduduk yang terlibat.
Dalam pada itu, seorang remaja berumur 21 tahun berasal dari Simpang Empat, Mohamad Nurul Afiq bin Mohd Rozaidi maut akibat terjatuh ke dalam sungai bersama basikal yang ditunggangnya. Mangsa dipercayai terjatuh berhampiran Terusan Pam JPS Simpang Empat lebih kurang jam 1.15 petang (3 November) disaksikan oleh penduduk kampung yang berada di kawasan tersebut. Pasukan Penyelamat JPAM Perlis yang sedang dalam operasi memindahkan mangsa banjir, digerakkan bersama Unit Skuba JPAM Perlis dan PDRM untuk meneruskan operasi mencari dan menyelamat. Namun proses pencarian menjadi semakin sukar berikutan arus air yang terlalu deras. Penemuan mayat yang terapung oleh petugas JPAM Selangor yang bertugas waktu itu pada keesokkan paginya lebih kurang 7.30 pagi (5 November) telah menghilangkan persepsi negatif penduduk kampung terhadap mangsa tersebut. Mangsa seterusnya dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah Kangar dan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Persediaan menghadapi banjir gelombang kedua tetap menjadi perhatian di kalangan pasukan penyelamat walaupun keadaan paras air semakin reda. MB Perlis menyeru rakyat supaya berhati-hati kemungkinan ramalan dari Jabatan Perkhidmatan Kajicuaca menerangkan keadaan monsun dan keadaan angin kencang pada waktu itu tidak boleh dijangka. Selain itu, kes ular yang mendiami rumah mangsa juga akan ditingkatkan pengoperasiannya. Besar kemungkinan ular jenis sawa, tedung selar atau senduk akan menjadikan batu, celah lantai, almari dan seumpanya sebagai sarangnya. Mengikut statistik, Perlis di antara negeri yang paling banyak menangani kes ular terutamanya sewaktu hujan, panas dan selepas banjir.
Tepat jam 5.00 petang pada 11 November, Bilik Gerakan Banjir di Pusat Kawalan 999 Kangar, ditutup dengan jumlah mangsa di pusat pemindahan berkurangan. Walau bagaimanapun kejadian gelombang ke-2 sebagaimana yang diwawarkan, tetap menjadi persediaan kepada Pasukan JPAM untuk meneruskan tugas yang getir ini. Ucapan penghargaan terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam tugas yang murni ini yang mungkin selepas ini JPAM akan dikenali dengan operasi khidmat kemanusiaannya.
Petikan Akhbar Utusan (10/11/2010)
Petikan Akhbar Utusan (4/11/2010)
Petikan Akhbar Utusan (6/11/2010)
Petikan Akhbar Berita Harian (4/11/2010)
Petikan Akhbar Berita Harian (7/11/2010)
lain-lain gambar lawati facebook
OPERASI PEMULIHAN SELEPAS BANJIR
OPERASI PEMULIHAN SELEPAS BANJIR
Khidmat Kemanusiaan JPAM Perlis diteruskan dengan melaksanakan Operasi Pemulihan bagi kawasan yang dilanda banjir di Negeri Perlis. Seramai lebih kurang 100 orang anggota JPAM Perlis akan ditugaskan untuk melaksanakan operasi ini untuk membersihkan kawasan yang mempunyai kesan daripada dinaiki air. Dengan kemudahan logistik dan kenderaan yang ada Pasukan JPAM Negeri Perlis sentiasa memberi perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat tanpa mengira kaum dan agama. Ia akan berterusan selagi ada kawasan yang teruk dilanda banjir dan berdasarkan permintaan dari mana-mana badan atau agensi yang memerlukan perkhidmatan JPAM. Operasi ini memberikan impak yang positif terhadap Operasi khidmat kemanusiaan unutuk memberikan sumbangan dari rakyat untuk rakyat berteraskan konsep 1Malaysia. Selain itu, JPAM Perlis sentiasa mengingatkan kepada mangsa yang pulang ke rumah dan membersihkan tempat kediaman mereka supaya berhati-hati dengan binatang berbisa seperti ular kerana binatang tersebut akan menjadikan kediaman sebagai sarangnya.
No comments:
Post a Comment