Tuesday, May 10, 2011

SAMBUTAN HARI PERTAHANAN AWAM KE-59

Dengan tema "Bersama JPAM Menggerak Gelombang Kesukarelaan" JPAM terus proaktif dalam melaksanakan tugas kesukarelaan. Bertempat di Auditorium D8, Putrajaya, Sambutan Ulangtahun Pertahanan Awam Ke-59 diraikan dengan penuh meriah dan serikan oleh YAB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri yang merasmikan majlis tersebut. Tarikh 24 Mac adalah tarikh bersejarah bagi jabatan ini semenjak ditubuhkan pada tahun 1952 lagi.

JPAM telah melalui era pembangunan yang releven sejajar dengan kemajuan negara semenjak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Pertahanan Awam menjadi unsur tetap dan penting dalam sistem pertahanan negara mengikut Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

Bermula dengan gimik dari Pasukan Sukarelawan Polis (PVR) Pertahanan Awam yang amat mengagumkan, seramai lebih kurang 1,300 orang jemputan dan warga Pertahanan Awam seluruh negara yang datang memeriahkan majlis tersebut. Majlis juga menyaksikan Pengiktirafan diberikan kepada warga Pertahanan Awam yang telah banyak memberikan tugas dan komitmen yang baik terhadap jabatan iaitu Penganugerahan Pingat dan Sijil dan Anugarah Perkhidmatan Cemerlang turut mengisi aturcara majlis.







Dato' Seri Hishammuddin berkata, peningkatan 120% anggota Sukarela Pertahanan Awam (ASPA) iaitu 194,321 orang telah menunjukkan penigkatan mendadak penyertaan rakyat sebagai anggota Pertahanan Awam. Hadir sama pada majlis tersebut ialah Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Dato' Seri Mahmood Adam dan Ketua Pengarah Pertahanan Awam sendiri.

Dalam ucapan Menteri Dalam Negeri, selain menjalinkan hubungan di peringkat antarabangsa melalui Pertubuhan Pertahanan Awam Antarabangsa (ICDO), Asian Network for Major Cities 21 (ANMC21), Tokyo dan Asian Disaster Preparedness Center (ADPC), Bangkok, JPAM juga akan membentuk kesepakatan di peringkat pusat dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan hubungan kerja dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan ditingkatkan melalui Latihan Bersama.

Tahniah diucapkan kepada penerima Pingat Am Pertahanan Awam (PA) iaitu SM (PA) Mazlina Bt Ishak dan Syarizzed bin Hussain manakala Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), iaitu Norlia Bt Md Lazim dan SM (PA) Mohamad Shaid bin Elias yang telah menerima penganugerahan pada majlis tersebut.

EKSESAIS ZON UTARA SIRI 1/2011

Eksesais Zon Utara membuka tirai tahun 2011 dengan Jabatan Pertahanan Awam Kedah serta dibantu Pusat Latihan Wilayah Utara (PULAPA WIRA) sebagai tuan rumah bagi Siri 1/2011. Pantai Merdeka dipilh sebagai lokasi eksesais kali ini bersempena dengan tema Menyelamat Tempat Tinggi (High Angle Rescue). Eksesais Zon Utara ini telah diadakan pada 04hb - 06hb Mac 2011 dan dianggotai seramai 200 orang termasuk urusetia. Latihan ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dikalangan anggota dalam situasi menyelamat seperti turun dari tebing curam dan juga kaedah yang sesuai bagi menurunkan mangsa dari tempat tinggi. Latihan ini menjadi ruang antara anggota kerana disamping menyelamat dalam situasi berbeza, kerjasama yang ditunjukkan adalah amat baik serta mereka dapat bertukar-tukar kemahiran dan teknik dari negeri masing-masing. Eksesais ini menerapkan setiap anggota menitikberatkan aspek keselamatan diri penyelamat dahulu sebelum menyelamatkan mangsa ataupun semasa membuat tinjauan.objektif utama eksesais zon utara siri1/2011 pada kali ini telah mencapai matlamatnya. Teknik dan kaedah yang digunakan semasa latihan ini serta tunjuk ajar dari pegawai semasa latihan diadakan adalah mengikut Standard Of Procedure (SOP) Pertahanan Awam

KURSUS ORANG AWAM



IPTA: Institut Kemahiran Belia Negara

Venue: Kuala Perlis, Perlis

Bil. Peserta : 210 orang

Kursus Orang Awam telah diadakan pada 13 dan 14 Januari 2011 selama 2 hari. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta teknik asas dalam Pertahanan Awam .


1) Pertolongan Cemas
Balutan, CPR dan Tercekik bagi dewasa dan kanak-kanak


2) Melawan Kebakaran
Peralatan, Langkah Mengawal dan Mencegah


3) Menyelamat Kecemasan
Cara untuk membawa mangsa seperti kaedah Usungan, Dukung bagi
1 mangsa 1 penyelamat, 1 mangsa 2 penyelamat, 1 mangsa 3 penyelamat,
1 mangsa 4 penyelamat


4) Melepaskan diri dari Kebakaran
Teknik merangkak dan menggunakan belakang tangan untuk menyentuh objek apabila
bergerak dalam bangunan gelap ketika berlaku kebakaran.



5) Keanggotaan JPAM
6 section iaitu Pertolongan Cemas, Penyelamat, Bomba tambahan, Warden dan Kebajikan
Kelebihan sebagai anggota sukarela JPAM dan elaun