Tuesday, May 10, 2011

SAMBUTAN HARI PERTAHANAN AWAM KE-59

Dengan tema "Bersama JPAM Menggerak Gelombang Kesukarelaan" JPAM terus proaktif dalam melaksanakan tugas kesukarelaan. Bertempat di Auditorium D8, Putrajaya, Sambutan Ulangtahun Pertahanan Awam Ke-59 diraikan dengan penuh meriah dan serikan oleh YAB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri yang merasmikan majlis tersebut. Tarikh 24 Mac adalah tarikh bersejarah bagi jabatan ini semenjak ditubuhkan pada tahun 1952 lagi.

JPAM telah melalui era pembangunan yang releven sejajar dengan kemajuan negara semenjak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Pertahanan Awam menjadi unsur tetap dan penting dalam sistem pertahanan negara mengikut Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

Bermula dengan gimik dari Pasukan Sukarelawan Polis (PVR) Pertahanan Awam yang amat mengagumkan, seramai lebih kurang 1,300 orang jemputan dan warga Pertahanan Awam seluruh negara yang datang memeriahkan majlis tersebut. Majlis juga menyaksikan Pengiktirafan diberikan kepada warga Pertahanan Awam yang telah banyak memberikan tugas dan komitmen yang baik terhadap jabatan iaitu Penganugerahan Pingat dan Sijil dan Anugarah Perkhidmatan Cemerlang turut mengisi aturcara majlis.







Dato' Seri Hishammuddin berkata, peningkatan 120% anggota Sukarela Pertahanan Awam (ASPA) iaitu 194,321 orang telah menunjukkan penigkatan mendadak penyertaan rakyat sebagai anggota Pertahanan Awam. Hadir sama pada majlis tersebut ialah Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Dato' Seri Mahmood Adam dan Ketua Pengarah Pertahanan Awam sendiri.

Dalam ucapan Menteri Dalam Negeri, selain menjalinkan hubungan di peringkat antarabangsa melalui Pertubuhan Pertahanan Awam Antarabangsa (ICDO), Asian Network for Major Cities 21 (ANMC21), Tokyo dan Asian Disaster Preparedness Center (ADPC), Bangkok, JPAM juga akan membentuk kesepakatan di peringkat pusat dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan hubungan kerja dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan ditingkatkan melalui Latihan Bersama.

Tahniah diucapkan kepada penerima Pingat Am Pertahanan Awam (PA) iaitu SM (PA) Mazlina Bt Ishak dan Syarizzed bin Hussain manakala Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), iaitu Norlia Bt Md Lazim dan SM (PA) Mohamad Shaid bin Elias yang telah menerima penganugerahan pada majlis tersebut.

No comments: