6-8 Mei - Usaha Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) melatih rakyat Malaysia dalam pasukan sukarelawan semakin mendapat perhatian melalui peningkatan pendaftaran pengambilan anggota baru yang menyertai pasukan beruniform ini. Ia juga semakin releven dan selari dengan hasrat kerajaan untuk melatih rakyat negara ini dengan ilmu Pertahanan Awam.
JPAM sentiasa peka dan bersedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan seperti kes mangsa hilang atau mati lemas. Melalui pembelajaran Mencari dan Menyelamat (SAR) di dalam pertahanan Awam ia mengaplikasikan subjek pembacaan peta, Teknik pencarian Mangsa, Penubuhan Pengkalan, Kod Isyarat Kecemasan, Teknik Menyelamat, dan Ikhtiar Hidup begitu juga Combat Medic turut diterapkan.
Anggota Penyelamat perlu juga mempunyai kekuatan mental dan fizikal dalam menghadapi situasi yang cemas dan mencabar ini. Tidak kira di mana dan bila, Pasukan JPAM akan menjalankan maklumat dan keterangan mengenai kes yang berlaku terutama dalam operasi mencari dan menyelamat.
Selain itu, Ketua Pengarah JPAM, Dato’ Hj Abdul Halim bin Abd Hamid berkata Perkhidmatan dan cawangan JPAM akan sentiasa diperluas dari masa ke semasa untuk mencapai hasrat jabatan, katanya ketika merasmikan Majlis Penutup Latihan Bersama Pertahanan Awam Zon Utara di Tapak Perkhemahan Hujan-hujan Gua Kelam, Perlis.
Latihan ini telah bermula dari 6-8 Mei yang mana melibatkan seramai 345 orang pegawai dan anggota dari Perlis, Kedah dan P.Pinang. Latihan yang bertemakan SAR ini akan memberi peluang dan pengalaman kepada Pasukan Sukarelawan JPAM supaya dapat melibatkan diri dalam operasi SAR dengan penuh terlatih.
Pada peringkat awal, semua peserta dikehendaki berjalan malam dengan berbekalkan peta dan kompas bagi mendedahkan mereka dengan pengetahuan berkaitan pembacaan peta dan kompas. Masa yang diperuntukkan adalah 5 jam sejauh 5 kilometer yang mana berbagai halangan yang dilalui di perkampungan berhampiran tempat eksesais seperti ladang getah dan sebagainya. Ia dapat melatih anggota supaya dapat menghadapi laluan yang sukar dilalui penyelamat.
Kekuatan fizikal peserta dinilai melalui seksyen menyelamat tempat tinggi yang memerlukan sikap kerjasama diantara ahli kumpulan. Penyelamat dikehendaki mencari dan membawa mangsa melintasi kawasan tasik dengan menggunakan tali. Segala kelengkapan dan peralatan digunakan untuk menjamin keselamatan penyelamat dan mangsa termasuk bekalan makanan mentah yang diberikan untuk mereka masak dan makan bersama.
Selain itu, kaedah mencari mangsa di dalam air cetek dan di tempat gelap seperti di dalam gua turut diuji oleh jurulatih. Teknik ini dapat mengetahui keadaan sebenar penyelamat ketika mencari mangsa yang tidak sedarkan diri atau mati. Ia merangkumi bagaimana atau faktor sebenar keadaan mangsa tersebut. Keseluruhan tempat eksesais ini digunakan sepenuhnya termasuk kawasan tumpuan pelancong.
Yang Amat Setia Dato' Ketua Pengarah sempat melawat ke tempat eksesais sehingga ke Laluan Sejarah Gua Kelam. Beliau amat berbangga dan memuji sistem perlaksanaan eksesais pada kali ini berdasarkan faktor geografi dan kemudahan yang ada di tempat eksesais yang amat memuaskan. Kesudian Dato' yang hadir pada setiap sudut tempat yang mana latihan dijalankan mendapat penghormatan oleh warga Pertahanan Awam Zon Utara.
Kemeriahan majlis penutup yang dirasmikan oleh Dato' mendapat pujian kerana sumbangan dan kerjamasa dari semua pihak telah melengkapkan proses perjalan eksesais ini tanpa sebarang gangguan. Selain acara penyampaian hadiah dan sjiil kepada semua peserta, turut diadakan acara penyampaian Pingat Am Pertahanan Awam (PA) kepada 5 orang pegawai dan anggota JPAM Perlis. Aksi menarik yang diselitkan sepanjang majlis penutup ini adalah penyampaian cenderahati kepada Dato' Ketua Pengarah dengan menggunakan teknik Flying Fox dan Simulasi Operasi mencari dan menyelamat dari Unit Anjing Pengesan cetusan idea dari JPAM Perlis.