Pada jam 8.26 malam pegawai pasukan bersama 5 anggota lain-lain pangkat bergegas ke tempat kejadian dan mendapati tiada mangsa yang cedera. Pihak JPAM Kangar berusaha menurunkan bumbung yang tersangkut di dahan pokok jati kerana bumbung tersebut bakal mengundang bahaya bagi pengguna laluan utama Kangar-Alor Setar jika ia jatuh di atas jalanraya tersebut. Jarak bumbung tersebut diantara rumah mangsa adalah sejauh 100 meter. Kejadian tersebut dilaporkan antara yang terburuk pernah berlaku di kampung tersebut. Walau bagaimanapun jika dilihat keseluruhan Negeri Perlis ia adalah fenomena yang bermusim yang mana beberapa kawasan sebelum ini telah mengalami kejadian yang sama.
Pihak JPAM Kangar yang diketuai PS12 Mohd Azmi Bin Salim bersama 5 anggota yang lain Berjaya memberi khidmat dengan berkesan dan cekap. Pada jam 9.30 malam kerja-kerja pembersihan siap dilaksanakan dengan dibantu penduduk setempat.
No comments:
Post a Comment