Wednesday, March 14, 2012

EKSESAIS TAMAT LATIHAN

25-27 November 2011 - Kekuatan seramai 150 orang anggota JPAM Perlis telah melengkapkan perancangan jadual Latihan Kesiapsiagaan sepanjang tahun 2011 yang mana eksesais ini adalah kemuncak program jabatan.

Semua anggota yang terlibat diuji dengan beberapa halangan dan saringan untuk berjaya ke peringkat seterusnya. Mereka dipecahkan kepada beberapa kumpulan bagi melancarkan setisap pergerakan. Tiap-tiap elemen yang diterapkan dalam eksesais ini merangkumi pelbagai aspek dalam pembelajaran Pertahanan Awam supaya tidak lari dari landasan sebenar.

Eksesais ini melibatkan aktiviti darat dan air di mana setisp checkpoint diketengahkan dengan seksyen pengendalian bot dan mendayung bot. Selain itu anggotya dikehendaki meranduk sungai atau body rafting bagi membiasakan diri penyelamat dengan keadaan semasa operasi banjir. Ia melibatkan kawasan Mukim Seriab yang berdekatan dengan kompleks PUSPA JPAM Perlis.

Majlis Penutup Eksesais ini telah disempurnakan oleh YS Mej.(PA) Ishak bin Mohd Radzi, Pengarah JPAM Perlis menyatakan rasa bangga dan berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam melaksanakan semua operasi dan perancangan aktiviti jabatan sepanjang tahun 2011. Berbekalkan azam yang baru, beliau yakin JPAM perlis akan terus menjanjikan komitmen yang tinggi untuk rakyat Negeri Perlis.






SEPETANG BERSAMA MB PERLIS DAN TAN SRI KSU KEMENTERIAN DALAM NEGERI

26 November 2011 - Yang Amat Berbahagia Tan Sri Mahmood Adam, Ketua Setiausaha (KSU)Kementerian Dalam Negeri dalam rangka lawatannya bertemu warga agensi-agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri cawangan Kedah dan Perlis termasuk lawatannya ke Pusat Pertahanan Awam (PUSPA) Negeri Perlis dan sempat meluangkan masa untuk mendengar taklimat Persiapan Banjir JPAM Perlis yang telah disampaikan Pengarah JPAM Perlis, Mej.(PA) Ishak bin Mohd Radzi.

Pembentangan laporan kesiapsiagaan menghadapi Banjir di Negeri Perlis menjadi agenda utama dalam lawatan beliau ke JPAM Perlis. Hadir sama melengkapkan taklimat tersebut ialah yang Amat Berhormat Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Md Isa Bin Sabu, Ketua Pengarah JPAM, Dato' Sulaiman bin Hj Keling dan Ketua-ketua Pengarah Jabatan di bawah KDN. Ini menujukkan perhatian dan kepercayaan di peringkat kementerian terhadap perlaksanaan operasi oleh JPAM Perlis semakin diberi kepercayaan.

Pengarah JPAM Perlis, telah menekankan persiapan dari segi logistik iaitu kelengkapan peralatan menyelamat semasa banjir, kelengkapan kendaraan yang lengkap dengan petugas-petugas yang akan bertugas sepanjang banjir yang akan dipecahkan mengikut shift. Selain itu, kawasan-kawasan tumpuan risiko banjir turut diterangkan oleh pengarah. Kawasan dimaksudkan berdasarkan 3 parlimen di Negeri Perlis iaitu Padang Besar, Arau dan Kangar.

Harapan KSU dan MB Perlis dalam Persiapan Banjir yang mungkin akan melanda pada musim tengkujuh ini sedikit sebanyak memberi ruang kepada JPAM Perlis melaksanakan tugas ini dengan penuh komitmen yang tinggi untuk rakyat.

LATIHAN SISPA IPG

Kem Latihan SISPA Semester Empat Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis telah berlangung pada 18 hingga 21 November 2011. Kemlatihan ini bertempat di Pusat Pertahanan Awam Negeri Perlis.

Para peserta kem latihan ini merupakan Pegawai Kadet SISPA yang juga merupakan guru-guru pelatih dari InstitutPendidikan Guru Kampus Perlis.Kem latihan ini dianjurkan oleh Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam IPG Kampus Perlis dengankerjasamaJabatanPertahananAwam Malaysia Negeri Perlis.

Perkhemahan yang dijalankan ini adalah sebagai pelengkap kepada keperluan anggota-anggota Kor SISPA IPG Kampus Perlis untuk menyempurnakan silibus latihan semester empat Ia membolehkan anggota-anggota melengkapkan diri untuk ditauliahkan sebagai Leftenan Muda kelak.

Dari segi penyertaan, ia disertai oleh 54 orang peserta. 35 daripadanya merupakan peserta wanita dan selebihnya iaitu 19 orang peserta lagi merupakan peserta lelaki. penglibatan daripada pelbagai bahagian menunjukkan kesepakatan dan kerjasama utuh yang diterapkan dalam kegiatan Kor SISPA di IPG Perlis ini.

Kem latihan kali ini lebih kepada pengurusan serta organisasi bencana serta pasukan di mana latihan kali ini melatih semua Pegawai Kadet SISPA untuk membentuk diri ke arah pengetahuan dan peribadi seorang pegawai Pertahanan Awam. Latihan yang dijalankan terdiri daripada latihan kawad tongkat, khidmat kecemasan 999, pengurusan bencana dan krisis, kaedah pengurusan latihan,kaedah pengurusan pasukan, kepimpinan dalam organisasi serta etiket dan protokol.

. Majlis penutup dirasmikan oleh Kapten (PA) MohdRuhaizul bin Md Isa @ Mansor, Timbalan Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perlis. Turut hadir ialah Encik Abdul Rahman bin Khalid, wakil Pengarah IPG Kampus Perlis merangkap Ketua Penyelaras Kor SISPA IPG Kampus Perlis.