Friday, July 23, 2010

LATIHAN PEMANDUAN BERHEMAH

JUN 25, JPAM Perlis telah menjalani latihan pemanduan berhemah untuk melatih pemandu-pemandu baru dan lama supaya lebih komitmen dalam pemanduan kenderaan operasi. Seramai 48 orang termasuk pegawai tetap yang terlibat, dan 14 orang pemandu diuji kecekapan dalam program ini. Latihan ini mempunyai 4 check point iaitu Grik, Gua Ikan Kelantan, Cameron Highland, dan Taiping menjadi tempat perhentian terakhir.

Anggota juga dilatih untuk mengawal lalulintas di sepanjang jalanraya sekiranya melibatkan kenderaan yang banyak terutamanya waktu kecemasan dan bagiamanakah pengurusan untuk mengatasi kesesakan jalanraya. Dalam latihan ini juga anggota dikejutkan dengan kes yang telah rancang dan disusun hasil kerjasama dari PPAD Gua Musang yang diketuai oleh PPATB Mohd Yussalmi bin Yusof dalam pengurusan kemalangan jalan raya (RAM). Sesi ini berjaya menjadikan anggota menguruskan kes kemalangan jalan raya dengan lebih cekap dan cepat walaupun dalam suasana jalanraya yang sedang sibuk dan dikerumuni orang ramai. Satu kes sebenar berlaku secara kebetulan di sekitar pekan Gua Musang, iaitu kebakaran yang melibatkan rumah kedai yang hanya sempat dijilat api di tingkat atas bangunan sahaja. Dengan permintaan dari pihak Polis Gua Musang semua anggota JPAM Gua Musang Dan JPAM Perlis terus bergegas ke tempat kejadian untuk membantu pihak Bomba memadam kebakaran.

Perjalanan yang seterusnya menuju ke Tanah Tinggi Cameron Highland adalah untuk memberi penekanan kepada anggota tentang pemanduan kenderaan melalui jalanraya di tanah tinggi disamping menghilangkan tekanan dan penat anggota. Konvoi seterusnya menuju ke checkpoint yang terakhir iaitu di Tapak Perkhemahan Kaki Bukit Larut, Taiping. Setiap anggota yang terlibat dinilai untuk mengendalikan kes CPR dan choking. Ternyata latihan ini telah membuktikan input dan output bagi setiap anggota yang terlibat dapat dilihat dalam keadaan yang memuaskan disamping kerjasama yang ditonjolkan oleh semua anggota.











No comments: