Alor Setar - Pada 19-21 Mac JPAM Perlis telah dilantik menjadi urusetia bersama bagi menjayakan kempen menderma darah sempena Sambutan Hari Pertahanan Awam Peringkat Kebangsaan Ke-58 bertempat di Stadium Sultan Abdul Halim Alor Setar, Kedah. Hampir seratus anggota dan pengunjung luar yang datang untuk menderma darah sempena hari tersebut.
Majlis yang dirasmikan oleh Ketua Pengarah Dato' Hj Abdul Halim bin Abdul Hamid telah mengumpulkan seluruh anggota JPAM seluruh Malaysia dan pelbagai acara yang telah dijalankan bermula pada 19 dan 20 Mac.
Acara yang dijalankan bagi memeriahkan sambutan ini adalah perlawanan futsal, bola jaring dan bola tampar. Perlawanan JPAM perlis dengan pasukan lawan tidak kurang hebatnya berbanding pasukan yang lain. Pada majlis perasmian, dua orang dari JPAM perlis telah menerima Pingat dan Sijil Pertahanan Awam sebagai penghargaan mereka dalam menyumbangkan bakti di dalam Angkatan Pertahanan Awam.
Lebih kurang 200 orang anggota telah hadir dalam memeriahkan hari tersebut yang terdiri daripada Pelajar IKBN, Politeknik, Maktab Perguruan dan anggota baru yang baru tamat Kursus Asas Pertahanan Awam.

Lain-lain gambar, lawati facebook
No comments:
Post a Comment