Wednesday, June 13, 2012

PROGRAM BERSAMA MEDIA PERLIS







13 Mac 2012 - Kerjasama JPAM Perlis dengan pelbagai agensi diteruskan termasuk telah berjaya mengadakan Program Bersama Media Negeri Perlis. Program ini diadakan adalah satu perancangan dari Bahagian Perhubungan Awam dan Dokumentasi JPAM Perlis dalam melaksanakan peranan jabatan untuk mendekatkan diri bersama media sekaligus memperkenalkan fungsi JPAM di mata rakyat.

Para ahli media didedahkan dengan pengetahuan dan maklumat JPAM menerusi Subjek Kenali Pertahanan Awam yang mana pada sesi ini juga diadakan soal jawab untuk mengetahui lebih mendalam mengenai Pertahanan Awam. Ternyata respon dari mereka menunjukkan tahap pengetahuan mengenai jabatan ini semakin meningkat supaya dapat memberikan hasil penulisan dan cerita dengan menggunakan fakta yang tepat. Hadir sama dalam program ini ialah Presiden Kelab Media Negeri Perlis (KEMPs), Encik Adnan Jahaya.

Mental dan semangat ahli media diuji dengan akitiviti ascending dan descending (A&D) yang dijalankan di menara menyelamat PUSPA, Perlis. Di antara teknik yang digunakan adalah Normal Repealing dan teknik Spider. Aktiviti yang melibatkan seramai 16 orang ahli media ini telah memberi semangat berbekalkan uniform yang diberikan kepada mereka supaya memberi sokongan penuh terhadap segala tugas JPAM.

Kemeriahan turut dirasai dengan perlaksanaan Majlis Malam Mesra yang diadakan bagi menghargai jasa dan sokongan media terhadap JPAM Perlis. Turut hadir bagi menyerikan majlis Pengarah JPAM Perlis, Presiden KEMPs dan wakil dari JPAM Bernas. Pengarah JPAM Perlis dalam ucapannya menyatakan sokongan dan kepekaan media terhadap sesuatu operasi yang dijalankan oleh JPAM merupakan perkara penting untuk mempamerkan nama jabatan.

MAUT SELEPAS TERJUN KE DALAM SUNGAI

7-8 Mac 2012 - Lebih kurang jam 5.40 petang, Pusat Kawalan Operasi Negeri mendapat panggilan melaporkan satu kes mati lemas seorang pemuda yang dikatakan telah terjun ke Sungai Kampung Baru Tandiap, Seberang Ramai, Kuala Perlis.

Mangsa tersebut adalah seorang dari tiga orang rakan yang terjun ke dalam sungai di Kampung Baru, Tandiap gagal berenang ke daratan dan akhirnya lemas tidak jauh dari tempat terjunan tersebut.Salah satu faktor yang menyebabkan mangsa gagal ke daratan kerana kaki mangsa tersebut pernah dimasukkan besi selepas mengalami kemalangan tahun lalu.

Mangsa yang bernama Mat Yunus bin Muhamad, 32 tahun ditemui oleh penduduk kampung selepas 24 jam dipercayai tenggelam di dalam sungai. JPAM Perlis bersama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat terus ke tempat yang mana ditemui dan dibawa ke daratan seterusnya didawa ke Unit Forensik HTF Kangar untuk tindakan susulan.



TEAM BUILDING JABATAN KESELAMATAN UniMAP

15-17 dan 22-24 Februari 2012 - Lebih 70 orang peserta terlibat dalam kursus ini yang melibatkan pengawal keselamatan dan Jabatan Keselamatan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah menerapkan ilmu dan sukatan pembelajaran Pertahanan Awam dalam teras penubuhan Civil Defence Emergency Respond Team (CDERT).

Program ini adalah langkah pertama dalam penubuhan Pasukan CDERT UniMAP dalam mengawal keselamatan institusi pendidikan tinggi itu. Ia telah dipecahkan kepada 2 fasa yang mana jangkamasa kursus ini mengambil masa 3 hari bagi setiap fasa. Silibus pembelajaran Pertahanan Awam merupakan di antara yang diserap dalam pasukan keselamatan ini.

Pembelajaran kawad adalah elemen utama untuk membina disiplin yang tinggi terhadap peserta. Namun dengan pengalaman kawad yang ada bagi sesetengah pserta ia bukanlah sesuatu yang mustahil bagi mereka. Selain itu, peserta didedahkan dengan subjek pengendalian dan penyelenggaran bot bagi meningkatkan keupayaan untuk mengendalikan bot semasa operasi menyelamat terutamanya banjir. Stamina peserta terus diuji dengan kemahiran asas renang dan menyelamat kelemasan di air yang mana peserta diajar untuk menyelamat mangsa lemas yang memerlukan pertolongan.

Kerjasama di antara JPAM Perlis dan UniMAP akan teruskan untuk meningkatkan integrasi di antara kedua-dua agensi ini terutamanya dalam menjamin keselamatan seluruh rakyat Negeri Perlis.





LATIHAN BERSAMA PUSPEN

30 Januari - 2 Februari 2012. Pusat Pertahanan Awam Negeri Perlis (PUSPA) telah di kunjungi oleh penghuni-penghuni dari Pusat Serenti (PUSPEN) Bukit Chabang, seramai 160 orang telah menghadiri sesi latihan sehari bersama pihak JPAM Perlis. Peserta telah dipecahkan kepada 4 kumpulan yang mana tiap-tiap kumpulan mengikuti latihan ini pada hari yantg berbeza yang mengambil masa selama 4 hari.

Semasa latihan di jalankan penghuni-penghuni tersebut telah di ajar tentang Pengenalan kepada Pertahanan Awam, Asas-asas menyelamat, Melawan kebakaran dan beberapa latihan yang lain. Mereka telah menunjukkan komitmen yang tinggi semasa menjalani latihan-latihan yang diajar. Latihan yang mereka telah jalani selama 4 hari menjadi satu perkara yang amat bermakna bagi diri setiap orang penghuni pusat serenti tersebut kerana setelah keluar dari pusat serenti setiap orang dari mereka telah ada beberapa asas tentang menyelamat. Mereka juga telah menunjukkan minat yang begitu tinggi dengan Jabatan Pertahanan Awam. Ini menunjukkan bahawa Jabatan Pertahanan Awam kni telah diterima dan dikenali oleh masyarakat.



Friday, June 1, 2012

ATTACHMENT ANGGOTA JPAM DI HTF




16 Januari - 3 Februari 2012 - Seramai 12 orang anggota yang layak telah berjaya menamatkan tugasan sebagai Petugas di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar menerusi Program Penempatan (Attachment) Anggota JPAM di HTF.
Sebanyak 3 skuad dipecahkan yang bertugas mengikut shift yang telah ditetapkan. Anggota yang bertugas di bahagian kecemasan HTF ditemapatkan di 3 zon yang berlainan iaitu Drop Zone, Triage dan MERS.

Program ini adalah sebahagian daripada protokol Emergency Medical System (EMS). Ia melibatkan teori, kemahiran dan pemerhatian dalam menghadapi situasi klinikal sebenar. Disamping itu juga, peserta dapat meningkatkan lagi kefahaman teori dan juga mempelajari langkah-langkah rawatan yang cekap, betul dan berkesan untuk menyelamat mangsa di tempat kejadian semasa menjalankan kerja-kerja pemindahan ke hospital. Peserta didedahkan dengan situasi sebenar menyelamat di tempat kejadian bersama dengan Doktor, Pembantu Pegawai Perubatan, Pembantu Perawat Kesihatan dan jururawat.

Anggota yang bertugas pada kali ini lebih diberikan penekanan merawat mangsa melalui protokol perawatan kecemasan. Diantaranya ialah prosedur respon mangsa, CPR, Red Zone , mengetahui simptom-simptom bagi pesakit yang mengalami hypertensi, masalah jantung, diabetis, asthma, sawan, pendarahan badan dan otak.

Tidak dapat dinafikan kepakaran dari pengalaman yang diperolehi menerusi tugas yang mencabar ini dapat membantu anggota JPAM Perlis melaksanakan dengan lebih berkesan.