30 Januari - 2 Februari 2012.
Pusat Pertahanan Awam Negeri Perlis (PUSPA) telah di kunjungi oleh
penghuni-penghuni dari Pusat Serenti (PUSPEN) Bukit Chabang, seramai 160
orang telah menghadiri sesi latihan sehari bersama pihak JPAM Perlis.
Peserta telah dipecahkan kepada 4 kumpulan yang mana tiap-tiap kumpulan
mengikuti latihan ini pada hari yantg berbeza yang mengambil masa
selama 4 hari.
Semasa latihan di jalankan penghuni-penghuni tersebut telah di ajar tentang Pengenalan kepada Pertahanan Awam, Asas-asas menyelamat, Melawan kebakaran dan beberapa latihan yang lain. Mereka telah menunjukkan komitmen yang tinggi semasa menjalani latihan-latihan yang diajar. Latihan yang mereka telah jalani selama 4 hari menjadi satu perkara yang amat bermakna bagi diri setiap orang penghuni pusat serenti tersebut kerana setelah keluar dari pusat serenti setiap orang dari mereka telah ada beberapa asas tentang menyelamat. Mereka juga telah menunjukkan minat yang begitu tinggi dengan Jabatan Pertahanan Awam. Ini menunjukkan bahawa Jabatan Pertahanan Awam kni telah diterima dan dikenali oleh masyarakat.

No comments:
Post a Comment