Friday, June 1, 2012

ATTACHMENT ANGGOTA JPAM DI HTF




16 Januari - 3 Februari 2012 - Seramai 12 orang anggota yang layak telah berjaya menamatkan tugasan sebagai Petugas di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar menerusi Program Penempatan (Attachment) Anggota JPAM di HTF.
Sebanyak 3 skuad dipecahkan yang bertugas mengikut shift yang telah ditetapkan. Anggota yang bertugas di bahagian kecemasan HTF ditemapatkan di 3 zon yang berlainan iaitu Drop Zone, Triage dan MERS.

Program ini adalah sebahagian daripada protokol Emergency Medical System (EMS). Ia melibatkan teori, kemahiran dan pemerhatian dalam menghadapi situasi klinikal sebenar. Disamping itu juga, peserta dapat meningkatkan lagi kefahaman teori dan juga mempelajari langkah-langkah rawatan yang cekap, betul dan berkesan untuk menyelamat mangsa di tempat kejadian semasa menjalankan kerja-kerja pemindahan ke hospital. Peserta didedahkan dengan situasi sebenar menyelamat di tempat kejadian bersama dengan Doktor, Pembantu Pegawai Perubatan, Pembantu Perawat Kesihatan dan jururawat.

Anggota yang bertugas pada kali ini lebih diberikan penekanan merawat mangsa melalui protokol perawatan kecemasan. Diantaranya ialah prosedur respon mangsa, CPR, Red Zone , mengetahui simptom-simptom bagi pesakit yang mengalami hypertensi, masalah jantung, diabetis, asthma, sawan, pendarahan badan dan otak.

Tidak dapat dinafikan kepakaran dari pengalaman yang diperolehi menerusi tugas yang mencabar ini dapat membantu anggota JPAM Perlis melaksanakan dengan lebih berkesan.

No comments: