15-17 dan 22-24 Februari 2012
- Lebih 70 orang peserta terlibat dalam kursus ini yang melibatkan
pengawal keselamatan dan Jabatan Keselamatan Universiti Malaysia Perlis
(UniMAP) telah menerapkan ilmu dan sukatan pembelajaran Pertahanan Awam
dalam teras penubuhan Civil Defence Emergency Respond Team (CDERT).
Program ini adalah langkah pertama dalam penubuhan Pasukan CDERT UniMAP dalam mengawal keselamatan institusi pendidikan tinggi itu. Ia telah dipecahkan kepada 2 fasa yang mana jangkamasa kursus ini mengambil masa 3 hari bagi setiap fasa. Silibus pembelajaran Pertahanan Awam merupakan di antara yang diserap dalam pasukan keselamatan ini.

Pembelajaran
kawad adalah elemen utama untuk membina disiplin yang tinggi terhadap
peserta. Namun dengan pengalaman kawad yang ada bagi sesetengah pserta
ia bukanlah sesuatu yang mustahil bagi mereka. Selain itu, peserta
didedahkan dengan subjek pengendalian dan penyelenggaran bot bagi
meningkatkan keupayaan untuk mengendalikan bot semasa operasi menyelamat
terutamanya banjir. Stamina peserta terus diuji dengan kemahiran asas
renang dan menyelamat kelemasan di air yang mana peserta diajar untuk
menyelamat mangsa lemas yang memerlukan pertolongan.
Kerjasama
di antara JPAM Perlis dan UniMAP akan teruskan untuk meningkatkan
integrasi di antara kedua-dua agensi ini terutamanya dalam menjamin
keselamatan seluruh rakyat Negeri Perlis.
No comments:
Post a Comment