Sunday, October 4, 2009

TAHNIAH PASUKAN KAWAD

25 Julai - Melaka. Pasukan Kadet Pertahanan Awam Negeri Perlis tidak pulang dengan tangan kosong di mana Pasukan Kawad dari sekolah Menengah Tengku Suleiman berjaya menjadi Johan dalam Pertandingan Kawad Kaki Sempena Perkhemahan Integrasi Kadet Pertahanan Awam peringkat Kebangsaan yang telah berlangsung di Kem Pengakap Bukit Katil, Melaka pada 19-25 Julai 2009. Penglibatan Kadet JPAM Perlis dalam lain-lain acara juga tidak kurang hebatnya berbanding dengan kontingen yang lain.





Wednesday, September 16, 2009

TEMUDUGA ANGGOTA BARU

PPAD Kangar (14 Julai 2009)- Kehadiran seramai lebih 70 orang menunjukkan minat dikalangan rakyat negeri Perlis untuk melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelaan.


Friday, August 28, 2009

LATIHAN INTENSIF KADET PA (KAPA)

Latihan yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini diadakan di Hutan Rekreasi Bukit Ayer, Perlis yang melibatkan Pelajar Kadet Pertahanan Awam yang terpilih untuk pertandingan kemahiran sempena Perkhemahan Integrasi Kadet Pertahanan Awam Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Bukit Katil, Melaka pada 19-25 Julai 2009. Semangat di kalangan peserta kadet ini dapat dilihat melalui latihan yang dijalankan walaupun hujan yang sering turun sepanjang perkhemahan tersebut.


Tuesday, August 18, 2009

29 Mei - JPAM Perlis diberi penghormatan untuk melakukan demostrasi A&D pada malam majlis perasmian Malaysia Rally Championship yang dirasmikan oleh Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis, Tengku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.


Monday, August 17, 2009

MAJLIS SERAH TUGAS PENGARAH BARU

29 Mei 2009- Majlis ini menyaksikan penyerahan tugas Pengarah Pertahananan Awam Malaysia Negeri Perlis di antara Mej.(PA) Mohtar bin Samat dengan Kapt.(PA) Mohd Ruhaizul bin Md Isa.





Tuesday, July 14, 2009

PERKHEMAHAN INTEGRASI KADET PERTAHANAN AWAM PERINGKAT NEGERI PERLIS

2-4 Mei 2009- Kerjasama JPAM Perlis dengan Jabatan Pelajaran Negeri Perlis pada tahun ini dalam menjayakan Perkhemahan Integrasi Kadet Pertahanan Awam Peringkat Negeri Perlis di teruskan dengan kekuatan peserta seramai 348 orang. Penganjuran perkhemahan pada tahun ini adalah pemilihan untuk melayakkan ke Perkhemahan Intergrasi Kadet Pertahanan Awam Peringkat Kebangsaan 2009 di Melaka pada Julai ini.

Perkhemahan yang melibatkan dari 9 buah sekolah dan 19 orang guru pengiring seluruh negeri Perlis, mengandungi beberapa silibus kokurikulum pembelajaran yang diterapkan di dalam 4 jenis pertandingan kemahiran seperti Perawatan Awal, Melawan Kebakaran, Kawad Kaki dan Menyelamat. selain dari pertandingan kemahiran turut diadakan pertandingan kebudayaan.
Seramai 33 jurulatih dan pengadil yang terlibat di dalam perkhemahan ini ternyata menunjukkan semangat dan ketekunan dalam menjalankan sesuatu pertandingan. Pusat Kokurikulum Kem Tasoh pada tahun ini sekali lagi menjadi medan untuk menilai kemahiran anggota kadet dari pelbagai sekolah.
Acara perasmian penutup yang berlangsung pada 2.30 petang dirasmikan oleh Tuan Pengarah JPAM Perlis, Mejar (PA) Mohtar Bin Samat dan dihadiri oleh wakil dari Jabatan Pelajaran Negeri Perlis iaitu Encik Sharudin Mahmud, Ketua Unit Kokurikulum JPN Perlis.