Tuesday, May 10, 2011

EKSESAIS ZON UTARA SIRI 1/2011

Eksesais Zon Utara membuka tirai tahun 2011 dengan Jabatan Pertahanan Awam Kedah serta dibantu Pusat Latihan Wilayah Utara (PULAPA WIRA) sebagai tuan rumah bagi Siri 1/2011. Pantai Merdeka dipilh sebagai lokasi eksesais kali ini bersempena dengan tema Menyelamat Tempat Tinggi (High Angle Rescue). Eksesais Zon Utara ini telah diadakan pada 04hb - 06hb Mac 2011 dan dianggotai seramai 200 orang termasuk urusetia. Latihan ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dikalangan anggota dalam situasi menyelamat seperti turun dari tebing curam dan juga kaedah yang sesuai bagi menurunkan mangsa dari tempat tinggi. Latihan ini menjadi ruang antara anggota kerana disamping menyelamat dalam situasi berbeza, kerjasama yang ditunjukkan adalah amat baik serta mereka dapat bertukar-tukar kemahiran dan teknik dari negeri masing-masing. Eksesais ini menerapkan setiap anggota menitikberatkan aspek keselamatan diri penyelamat dahulu sebelum menyelamatkan mangsa ataupun semasa membuat tinjauan.objektif utama eksesais zon utara siri1/2011 pada kali ini telah mencapai matlamatnya. Teknik dan kaedah yang digunakan semasa latihan ini serta tunjuk ajar dari pegawai semasa latihan diadakan adalah mengikut Standard Of Procedure (SOP) Pertahanan Awam

KURSUS ORANG AWAM



IPTA: Institut Kemahiran Belia Negara

Venue: Kuala Perlis, Perlis

Bil. Peserta : 210 orang

Kursus Orang Awam telah diadakan pada 13 dan 14 Januari 2011 selama 2 hari. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta teknik asas dalam Pertahanan Awam .


1) Pertolongan Cemas
Balutan, CPR dan Tercekik bagi dewasa dan kanak-kanak


2) Melawan Kebakaran
Peralatan, Langkah Mengawal dan Mencegah


3) Menyelamat Kecemasan
Cara untuk membawa mangsa seperti kaedah Usungan, Dukung bagi
1 mangsa 1 penyelamat, 1 mangsa 2 penyelamat, 1 mangsa 3 penyelamat,
1 mangsa 4 penyelamat


4) Melepaskan diri dari Kebakaran
Teknik merangkak dan menggunakan belakang tangan untuk menyentuh objek apabila
bergerak dalam bangunan gelap ketika berlaku kebakaran.



5) Keanggotaan JPAM
6 section iaitu Pertolongan Cemas, Penyelamat, Bomba tambahan, Warden dan Kebajikan
Kelebihan sebagai anggota sukarela JPAM dan elaun

Saturday, March 26, 2011

MANDI SEBELUM AJAL

9 Disember 2010 - Seorang remaja menemui ajal ketika sedang mandi di Tasik Timah Tasoh, Jalan Kaki Bukit, Perlis. Menurut saksi yang juga abang kepada mangsa. Adikknya Mohamad Azfar Bin Md Ghani, 18 tahun termasuk 7 orang lagi rakannya yang lain sedang mandi berhampiran sebuah resort di tasik tersebut menjadi kelam kabut apabila 4 orang daripada mereka yang menaiki bot berusaha untuk membantu rakan mereka yang lemas, namun usaha tersebut gagal.

Pasukan Penyelamat dari JPAM Perlis bersama PDRM dan JBPM turut serta didalam operasi ini yang membabitkan 30 orang anggota termasuk dari unit Penyelam Skuba JPAM Perlis. Segala kekuatan dan kemudahan logistik JPAM Perlis dibawa ke operasi ini termasuk 2 buah bot dan set skuba.

Mangsa yang juga seorang penuntut di Institut Kemahiran Mara (IKM) Alor Setar datang untuk menghabiskan waktu cutinya menjadi tumpuan saudara mara dan penduduk yang berada di sekitar kerana tempat itu menjadi tumpuan kepada kaki pancing.

Bermula jam 6.30 petang (8 Disember) sehingga tepat jam 11.25 pagi pada keesokkanya, mangsa telah dijumpai oleh Pasukan Penyelam Skuba dan dibawakan ke Hospital Tuankku Fauziah untuk dibedah siasat.





Lain-lain gambar, lawati Facebook

EKSESAIS TAMAT LATIHAN

Eksesais Tamat Latihan 2010 di adakan di Empangan Beris Kedah pada 29, 30, dan 31 Oktober 2010. Tamat latihan kali ini melibatkan 80 orang peserta dan lebih kurang 40 orang urusetia termasuk pegawai dan juga dari skim 'N'. Peserta bergerak ke Empangan Beris pada 29 Oktober petang dengan menaiki bas. setibanya di sana para peserta latihan ini membuat persiapan untuk menjalani latihan pertama pada sebelah malam. Latihan yang di maksudkan ialah membaca peta dan pandu arah atau 'compass matching'. Sedikit sebanyak mereka diberi tunjuk ajar oleh pegawai latihan yang terlibat. Setelah di ajar pelbagai teknik - teknik tersebut, mereka semua dibawa pergi ke check point pertama untuk dilepaskan dalam lima kumpulan. Bermulanya pada 11 malam, dan tiba di checkpoint seterusnya pada pagi 30 Oktober dan mereka meneruskan dengan aktiviti usungan.

Kumpulan yang telah siap membuat usungan meneruskan checkpoint ke aktiviti menuruni jambatan menggunakan tali. Aktiviti in berjalan sehingga petang hari tersebut. Walaupun peserta- peserta telah kelitahan,tetapi mereka tetap meneruskan checkpoint seterusnya iaitu berakit dari pulau menuju ke tapak perkemahan mereka. Semua kumpulan tiba di tapak perkemahan sekitar pukul 8.00pm.







KEJOHANAN FUTSAL ANGKATAN JPAM PERLIS

Tarikh: 28 Disember 2010
Tempat: Arena Futsal Komple Belia Dan Sukan Negeri Perlis
Penglibatan: Semua Bahagian dan Unit dari JPAM Perlis