Wednesday, November 19, 2008
SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT NEGERI PERLIS
MAJLIS MAKAN MALAM
Friday, October 24, 2008
CABARAN JALAN LASAK MERDEKA PERTAHANAN AWAM 2008
Cabaran yang dijalankan pada 22-23 Ogos ini melibatkan perjalanan hampir seluruh negeri Perlis. Bermula dari Bandar Kangar menuju ke Kuala Perlis-Simpang Empat-Arau-Chuping-Padang Besar-Beseri dan berakhir di Bandar Kangar. Cabaran ini terbuka kepada anggota Pertahanan Awam Negeri Perlis sahaja. Jarak perjalanan sejauh 68 Kilometer.Cabaran ini bermula dari Bangunan Tun Hj Abdul Razak dan berakhir di bangunan Pejabat baru JPAM Perlis, Bangunan Kean Teong. Jarak setiap checkpoint sejauh 8-10 KM dan dijangka sampai dalam masa 24 jam. Setiap kumpulan diberikan bendera Jalur Gemilang untuk menanam sifat patriotik dikalangan anggota, selain itu setiap kumpulan ditugaskan untuk mengedarkan risalah berupa pamplet kepada penduduk kampung sepanjang melalui sesuatu kawasan.
Tuesday, October 7, 2008
Wednesday, August 27, 2008
LATIHAN LUAR PENGURUSAN BENCANA
Pada 18 hingga 20 julai 2008,Jabatan Pertahanan Awam Negeri Perlis telah menjalankan latihan luar iaitu pengurusan bencana bertempat di tapak perkhemahan hujan-hujan di Gua Kelam. Latihan ini disertai seramai 90 orang anggota termasuk sukarelawan dan kadet Sekolah Menengah Syed Sirajuddin.
Anggota dibahagi kepada 3 kumpulan untuk latihan berterusan pengurusan bencana selama 12 jam. Latihan ini bertujuan untuk mempertingkatkan kemahiran anggota dalam pengurusan bencana. Anggota didedahkan cara untuk merawat mangsa yang mengalami kepatahan,kecederaan tulang belakang dan sebagainya.
Objektif utama latihan ini adalah para anggota dapat mengetahui cara pengurusan bencana dengan lebih cekap. Dari sudut lain melalui latihan ini juga dapat menilai tahap kemampuan kerjasama dikalangan anggota dalam operasi pengurusan bencana.
Latihan seperti ini perlu berterusan kerana pengetahuan yang mendalam tidak menjamin kecemerlangan tugas menyelamat dalam keadaan sebenar, sebaliknya kemahiran yang dilakukan secara praktikal yang kerap dan berterusan dapat menyumbang ke arah dapat mempertingkatkan lagi tahap profesionalisme anggota yang terlibat.
Pada hari terakhir latihan ini, anggota dikehendaki untuk mengikuti aktiviti jalan lasak bermula dari tapak perkhemahan hutan hujan-hujan di Gua Kelam melalui perkampungan Wang Kelian sejauh 12 KM.
Sunday, August 24, 2008
LATIHAN MENYELAMAT KELEMASAN DI AIR DI LANGKAWI
Aktiviti yang berjalan selama 3 hari 2 malam ini ternyata
menunjukkan semangat dan keinginan anggota untuk menjalani latihan seperti ini masih belum pudar. Latihan dengan kerjasama Pertahanan Awam Cawangan Langkawi.
Antara silibus yang didedahkan adalah menyelamat mangsa menggunakan jetski, boyant, cara membawa mangsa ke darat dan seumpamanya. Penglibatan anggota JPAM Perlis pada kali ini melibatkan juga dari unit UiTM cawangan Arau, Perlis.
Penghargaan diberikan kepada Pegawai, Jurulatih dan anggota dari Cawangan Langkawi kerana menyediakan kemudahan dari segi peralatan menyelamat, tempat, pengangkutan dan lain-lain yang memudahkan latihan ini berjalan dengan lancar.
CABARAN JALAN LASAK MERDEKA PERTAHANAN AWAM

an berakhir di Bandar Kangar. Cabaran ini terbuka kepada anggota Pertahanan Awam Negeri Perlis sahaja. Jarak perjalanan sejauh 68 Kilometer.Cabaran ini bermula dari Bangunan Tun Hj Abdul Razak dan berakhir di bangunan Pejabat baru JPAM Perlis, Bangunan Kean Teong. Jarak setiap checkpoint sejauh 8-10 KM dan dijangka sampai dalam masa 24 jam. Setiap kumpulan diberikan bendera Jalur Gemilang untuk menanam sifat patriotik dikalangan anggota, selain itu setiap kumpulan ditugaskan untuk mengedarkan risalah berupa pamplet kepada penduduk kampung sepanjang melalui sesuatu kawasan.



