Tuesday, January 20, 2009

KEMPEN MENDERMA DARAH BERSAMA ANGGOTA

Program yang diadakan di Pusat Kawalan 999 JPAM Perlis pada 20 November ternyata menunjukkan keprihatinan anggota untuk menderma darah.


Thursday, January 8, 2009

HARI PERHIMPUNAN PA 2008

Penyertaan kontinjen dari Negeri Perlis pada tahun ini ternyata berbaloi dengan kedudukan tempat pertama dalam Pertandingan Kemahiran Perawatan Kecemasan. Pertandingan yang dijalankan pada tahun ini menambahkan lagi semangat anggota JPAM Perlis terutama Pertandingan Menyelamat Pantai yang pertama kali disertai oleh Perlis. Selain itu Pertandingan Civil Defence Rescue Challenge yang mula diperkenalkan pada tahun ini tidak mematahkan semangat para anggota yang mana perjalanan sejauh 13KM terpaksa dilalui oleh peserta.



Wednesday, December 31, 2008

LAKSA PERLIS TARIKAN DATO' SERI SYED HAMID ALBAR

Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Jabatan Pertahanan Awam Peringkat Kebangsaan ternyata meriah dengan kehadiran warga JPAM dan pelawat dari luar negara. JPAM Perlis pada tahun ini menyajikan makanan popular negeri Perlis iaitu laksa dan cendol pulut.
Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar yang mengunjungi gerai JPAM Perlis ternyata tertarik dengan hidangan popular negeri Perlis dengan kelazatan laksa dan cendol. begitu juga dengan kehadiran pelawat luar negara yang mengunjungi gerai Perlis ternyata menunjukkan kelazatan makanan dari Perlis.


Sunday, December 14, 2008

LATIHAN PENGENDALIAN DAN PENYELENGGARAAN BOT

Latihan ini diadakan di Empangan Tasik Timah Tasoh, Perlis yang melibatkan anggota 70 orang pada 17-19 Oktober 2008. Anggota diajar untuk mengendalikan bot semasa operasi atau bencana dan melenyelanggara bot sebelum dan selepas penggunaan bot. Selain itu latihan ini disertai oleh Skuad Skuba JPAM Perlis.


Thursday, December 4, 2008

MAJLIS HARI RAYA BERSAMA DATO' KP

Majlis yang diadakan pada 7 Oktober ini ternyata meriah dengan kehadiran Yang Berbahagia Dato' Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. Selain itu, Dato' KP sempat meluangkan masa melawat infrastruktur baru JPAM Perlis yang menempatkan Bilik Gerakan Rescue 999 dan sesi temuramah bersama media. Majlis yang menyajikan makan tradisional negeri Perlis juga mendapat kunjungan dari agensi kerajaan dan swasta lain.
Kemeriahan Majlis dihadiri lebih 500 orang pengunjung dan ia adalah platform untuk JPAM Perlis merapatkan hubungan diantara agensi kerajaan dan swasta.

Lihat Keratan Berita



Wednesday, November 19, 2008

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT NEGERI PERLIS

JPAM Perlis tidak terkecuali dalam perbarisan Hari Kemerdekaan Yang Ke 51.Seramai 35 orang anggota terlibat dalam perbarisan. Platun yang disertai oleh anggota UiTM juga, telah membuat persiapan selama sebulan untuk menyertai perbarisan ini.





MAJLIS MAKAN MALAM

Majlis Makan Malam ini adalah sempena Perpisahan Pengarah, Tuan Mohd Johari Bin Mohd Taufik dan Penyelia Pengurusan Angkatan, Mohd Mukhrij Bin Md. Sabir yang akan bertukar tempat betugas di Ipoh Dan Kuala Terengganu. Selain itu ia adalah untuk meraikan peserta yang terlibat dengan Program Cabaran Jalan Lasak Merdeka Pertahanan Awam Yang diadakan pada 22-23 Ogos lalu.