PPAD Kangar (14 Julai 2009)- Kehadiran seramai lebih 70 orang menunjukkan minat dikalangan rakyat negeri Perlis untuk melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelaan.
Wednesday, September 16, 2009
Friday, August 28, 2009
LATIHAN INTENSIF KADET PA (KAPA)
Latihan yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini diadakan di Hutan Rekreasi Bukit Ayer, Perlis yang melibatkan Pelajar Kadet Pertahanan Awam yang terpilih untuk pertandingan kemahiran sempena Perkhemahan Integrasi Kadet Pertahanan Awam Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Bukit Katil, Melaka pada 19-25 Julai 2009. Semangat di kalangan peserta kadet ini dapat dilihat melalui latihan yang dijalankan walaupun hujan yang sering turun sepanjang perkhemahan tersebut.

Tuesday, August 18, 2009
Monday, August 17, 2009
MAJLIS SERAH TUGAS PENGARAH BARU
Tuesday, July 14, 2009
PERKHEMAHAN INTEGRASI KADET PERTAHANAN AWAM PERINGKAT NEGERI PERLIS
2-4 Mei 2009- Kerjasama JPAM Perlis dengan Jabatan Pelajaran Negeri Perlis pada tahun ini dalam menjayakan Perkhemahan Integrasi Kadet Pertahanan Awam Peringkat Negeri Perlis di teruskan dengan kekuatan peserta seramai 348 orang. Penganjuran perkhemahan pada tahun ini adalah pemilihan untuk melayakkan ke Perkhemahan Intergrasi Kadet Pertahanan Awam Peringkat Kebangsaan 2009 di Melaka pada Julai ini.
Perkhemahan yang melibatkan dari 9 buah sekolah dan 19 orang guru pengiring seluruh negeri Perlis, mengandungi beberapa silibus kokurikulum pembelajaran yang diterapkan di dalam 4 jenis pertandingan kemahiran seperti Perawatan Awal, Melawan Kebakaran, Kawad Kaki dan Menyelamat. selain dari pertandingan kemahiran turut diadakan pertandingan kebudayaan.
Seramai 33 jurulatih dan pengadil yang terlibat di dalam perkhemahan ini ternyata menunjukkan semangat dan ketekunan dalam menjalankan sesuatu pertandingan. Pusat Kokurikulum Kem Tasoh pada tahun ini sekali lagi menjadi medan untuk menilai kemahiran anggota kadet dari pelbagai sekolah.
Acara perasmian penutup yang berlangsung pada 2.30 petang dirasmikan oleh Tuan Pengarah JPAM Perlis, Mejar (PA) Mohtar Bin Samat dan dihadiri oleh wakil dari Jabatan Pelajaran Negeri Perlis iaitu Encik Sharudin Mahmud, Ketua Unit Kokurikulum JPN Perlis.

Tuesday, June 9, 2009
Monday, June 1, 2009
LATIHAN MENGHADAPI KEBAKARAN
Latihan ini dianjurkan oleh Politeknik Syed Sirrajuddin, Pauh, Perlis yang mana melibatkan penghuni asrama. Anggota JPAM Perlis bersama dengan Unit PISPA Politeknik Perlis telah menjayakan latihan ini dengan tanpa sebarang masalah yang berlaku. Latihan yang bermula jam 9.00 hingga 11.00 malam ini menunjukkan tahap kepekaan di kalangan penghuni asrama mengenai kebakaran amat memuaskan.
Subscribe to:
Posts (Atom)