Wednesday, March 31, 2010

PERHIMPUNAN PA PERINGKAT KEBANGSAAN

Tempat: Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu
Tarikh: 14-17 Disember 2009





Tuesday, March 23, 2010

LATIHAN SURVIVAL

Tarikh: 5-10 Disember 2009
Lokasi : Lumut dan Hutan Simpan Ulu Licin, Beruas, Perak




Sunday, January 31, 2010

LATIHAN COMPASS MATCHING



Tarikh: 13-16 November 2009
Lokasi : Hutan Simpan Ulu Licin, Beruas, Perak
Bilangan Anggota : 56 anggota









Bruas, Perak 13 Nov-16 Nov 2009-Pada pertengahan bulan November 2009 anggota Pertahanan Awam Negeri Perlis telah mengikuti Latihan Compas Matching yang telah diadakan di Hutan Simpan Ulu Licin, Bruas, Perak.Seramai 56 anggota pertahanan awam terlibat telah mengikuti latihan tersebut.Latihan keras dan mantap ini telah dikendalikan oleh bekas-bekas anggota Pasukan Khas Udara (PASKAU).


Dalam latihan tersebut semua anggota yang terlibat telah diajar bagaimana untuk mencari arah ke sesuatu lokasi dengan tepat jika berlaku sesuatu bencana apabila pasukan penyelamat tidak dapat menuju ke lokasi kes melalui jalan udara dan disinilah para anggota akan menggunakan segala ilmu yang didapati didalam Latihan Compas Matching ini untuk digunakan apabila situasi tersebut berlaku.


Semua anggota yang mengikuti latihan ini nampaknya begitu gembira dengan 'ilmu-ilmu' yang baru dipelajari dari jurulatih-jurulatih yang bertauliah walaupun didalam keadaan badan yang letih dan lesu.


Monday, December 21, 2009

OPERASI BANJIR KILAT

Banjir di Perlis
Kangar, 06 November 2009-Hujan lebat yang turun tanpa henti selama 2 hari menyebabkan kawasan-kawasan rendah sekitar negeri Perlis telah ditenggelami air selama 4-5 hari.Antara kawasan-kawasan yang ditenggelami air antaranya ialah kawasan Batu Bertangkup, Panggas, Titi Tinggi, Lembah Biak, Tok Kandang, Repoh dan Kampung Bakau.Pemangku Pengarah Pertahanan Awam Perlis, Kapt. (PA) Mohd Rohaizul B. Md Isa turut sama 'turun padang' bagi melakukan pemantauan pada Operasi Banjir kali ini.Boleh dikatakan hampir semua kenderaan JPAM Perlis telah digunakan bagi melaksanakan Operasi Banjir kali ini.
Antara jabatan-jabatan yang terlibat dalam Operasi Banjir kali ini ialah seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),Polis (PDRM),Angkatan Tentera Malaysia (ATM),Jabatan Kerja Raya (JKR),Tenaga Nasional Berhad (TNB),Jabatan Parit dan Saliran (JPS), Jabatan Bomba dan Penyelamat,kakitangan Hospital Tuanku Fauziah serta jabatan-jabatan lain yang banyak memberi kerjasama membantu dalam menjayakan Operasi Banjir ini.Bagi pihak Pemangku Pengarah Pertahanan Awam Perlis,beliau amat berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak dalam melancarkan Operasi Menyelamat mangsa-mangsa banjir kali ini.
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua anggota-anggota Pertahanan Awam Perlis yang menjayakan Ops Banjir kali ini.Berikut antara laporan dan sorotan Ops Banjir kali ini.

SOROTAN DAN LAPORAN OPS BANJIR SEKITAR PERLIS

6 November 2009
Tempat: Batu Bertangkup - Panggas - Titi Tinggi


Laporan Operasi Banjir
Waktu kejadian : 1638 (6 Nov 09)
Masa Tamat : 0745 (7 Nov 09)
Jumlah anggota : 25 orang
Bil. kenderaan : 5 buah dan 2 bot dan enjin (Lori 3 Tan, 5 Tan, Rodeo, Hilux, Pajero)

Sorotan Peristiwa:
1640 : Banjir bahagian Panggas Besar dan Panggas Kecil
2310 : Banjir di bahagian Kg. Rambai, Padang Siding
0750 : Mangsa Banjir dibenarkan pulang

Keadaan Mangsa:
Cedera- 2 Dewasa (1 lelaki, 1 perempuan)

Agensi lain yang terlibat: PDRM, Bomba dan Penyelamat, Angkatan Tentera, JKM, JKR, Hospital, TNB, JPS

Tempat Pemindahan:
1. Sek Keb Batu Bertangkup (98 org, 27 keluarga)
2. Sek Men Dato' Jaafar Hassan (147 0rg)
3. Dewan Orang Ramai Titi Tinggi (38 org, 10 keluarga)

Info Banjir Terkini, Klik di sini

Keratan Ahkbar
Berita harian
Utusan






7 November 2009
Tempat: Alor
Ara - Lembah Biak

Laporan Operasi Banjir
Waktu kejadian : 1715 (7 Nov 09)
Masa Tamat :
Jumlah anggota : 24 orang
Bil. kenderaan : 4 buah dan 2 bot dan enjin (Lori 5 Tan, Rodeo, Hilux, Pajero)

Sorotan Peristiwa:
1715 : Banjir di Alor Ara
1835 : Banjir di Lembah Biak

Keadaan Mangsa:
Selamat

Agensi lain yang terlibat: PDRM, JKR, JPS

Tempat Pemindahan:
1. MRSM Beseri (39 org, 7 keluarga)



Info Banjir Terkini, Klik di sini



8 November 2009
Tempat: Repoh - Kg. Tok Kandang - Lembah Biak


Laporan Operasi Banjir
Waktu kejadian : 1930 (8 Nov 09)
Masa Tamat :
Jumlah anggota : 28 orang
Bil. kenderaan : 4 buah dan 2 bot dan enjin (Lori 5 Tan, dan 3 tan, Rodeo, Hilux, Pajero)

Sorotan Peristiwa:
1830 : Kg Tok Kandang
2015 : Kg Guru Jaya
2040 : Kg Bakau
2100 : Pembukaan pusat pemindahan SMK Seri Perlis
2245 : Pembukaan pusat Pemindahan di Dewan Taman Intan

Keadaan Mangsa:
Selamat - 1 Mangsa lumpuh

Agensi lain yang terlibat: PDRM, JKM, Pusat Khidmat Sena

Tempat Pemindahan:
1. SMK Seri Perlis (22 org)
2. MRSM (41 org, 7 Keluarga)
3. Surau Tok Kandang (89 org, 20 keluarga)
4. Dewan Taman Intan (141 org, 35 keluarga)



9 November 2009
Tempat: Repoh - Kg. Tok Kandang - Kg Bakau


Laporan Operasi Banjir
Jumlah anggota : 28 orang
Bil. kenderaan : 4 buah dan 2 bot dan enjin (Lori 5 Tan, dan 3 tan, Rodeo, Hilux, Pajero)

Sorotan Peristiwa:
0800 : Operasi Kg Bakau
1015 : Penutupan Pusat Pemindahan Banjir di MRSM

Keadaan Mangsa:
Selamat - 1 Mangsa lumpuh, 1 OKU

Agensi lain yang terlibat: PDRM, JKM, Hospital

Tempat Pemindahan:
1. SMK Seri Perlis (77 org, 21 keluarga)
2. Surau Tok Kandang (78 org, 12 keluarga)
4. Dewan Taman Intan (130 org)