13 Mac 2012 - Kerjasama
JPAM Perlis dengan pelbagai agensi diteruskan termasuk telah berjaya
mengadakan Program Bersama Media Negeri Perlis. Program ini diadakan
adalah satu perancangan dari Bahagian Perhubungan Awam dan Dokumentasi
JPAM Perlis dalam melaksanakan peranan jabatan untuk mendekatkan diri
bersama media sekaligus memperkenalkan fungsi JPAM di mata rakyat.
Para ahli media didedahkan dengan pengetahuan dan maklumat JPAM menerusi Subjek Kenali Pertahanan Awam yang mana pada sesi ini juga diadakan soal jawab untuk mengetahui lebih mendalam mengenai Pertahanan Awam. Ternyata respon dari mereka menunjukkan tahap pengetahuan mengenai jabatan ini semakin meningkat supaya dapat memberikan hasil penulisan dan cerita dengan menggunakan fakta yang tepat. Hadir sama dalam program ini ialah Presiden Kelab Media Negeri Perlis (KEMPs), Encik Adnan Jahaya.
Mental dan semangat ahli media diuji dengan akitiviti ascending dan descending (A&D) yang dijalankan di menara menyelamat PUSPA, Perlis. Di antara teknik yang digunakan adalah Normal Repealing dan teknik Spider. Aktiviti yang melibatkan seramai 16 orang ahli media ini telah memberi semangat berbekalkan uniform yang diberikan kepada mereka supaya memberi sokongan penuh terhadap segala tugas JPAM.
Kemeriahan turut dirasai dengan perlaksanaan Majlis Malam Mesra yang diadakan bagi menghargai jasa dan sokongan media terhadap JPAM Perlis. Turut hadir bagi menyerikan majlis Pengarah JPAM Perlis, Presiden KEMPs dan wakil dari JPAM Bernas. Pengarah JPAM Perlis dalam ucapannya menyatakan sokongan dan kepekaan media terhadap sesuatu operasi yang dijalankan oleh JPAM merupakan perkara penting untuk mempamerkan nama jabatan.