Wednesday, April 1, 2009

LATIHAN LUAR MELAWAN KEBAKARAN

Pada 20 hingga 22 Februari 2009,permulaan latihan luar untuk tahun 2009 telah diadakan di Tasoh Lake Resort.Seramai 40 orang anggota menyertai latihan ini.Anggota diajar tentang Melawan Kebakaran iaitu salah satu seksyen dalam Pertahanan Awam iaitu kebombaan.Pada permulaan latihan,anggota diajar mengenal peralatan Melawan Kebakaran dan cara-cara membawa,membentang serta menggulung hose.Seterusnya anggota membuat latihan amali tentang tatacara kawad pili bomba dan kawad pam 2C iaitu satu aliran 300 kaki.Pada malam 21 Februari,satu simulasi tentang kebakaran hutan diadakan untuk memberi serba sedikit gambaran kepada anggota untuk melawan kebakaran.Latihan tamat dengan jayanya apabila semua anggota dapat memahami tentang melawan kebakaran.







Monday, March 30, 2009

KURSUS KETUA PLATUN KADET PERTAHANAN AWAM

Pada 13 Februari 2009 hingga 17 Februari 2009, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Negeri Perlis telah mengadakan Kursus Ketua Platun Kadet Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perlis yang bertempat di tapak perkhemahan Hutan Hujan-Hujan Gua Kelam Perlis. Kursus ini melibatkan penyertaan anggota kadet seramai 69 orang dari 10 buah sekolah, dimana setiap sekolah diwakili oleh 7 orang anggota.

Asas-asas Pertahanan Awam diterapkan mengikut seksyen Pertahanan Awam seperti Perawatan Awal (Medic), Tatacara Kawad, Melawan Kebakaran serta Menyelamat Teknikal (A&D). JPAM Negeri Perlis adalah negeri yang pertama mengadakan Kursus Ketua Platun Kadet Pertahanan Awam Malaysia.

Modus Operandi kursus ini diadakan adalah untuk melatih bakal-bakal ketua platun kadet untuk memimpin satu platun serta membantu guru penyelaras dan jurulatih dalam melaksanakan aktiviti di sekolah.


Majlis penutup dirasmikan oleh Pengarah JPAM Negeri Perlis iaitu, Yang Setia Mejar (PA) Mohtar Bin Samat. Turut hadir, wakil dari Jabatan Pelajaran Negeri Perlis serta guru-guru penyelaras kadet. Kursus ini tamat dengan kegembiraan yang jelas terpancar disetiap wajah anggota kadet




SELAMAT DATANG PENGARAH


MAJLIS TERIMA TUGAS PENGARAH PERTAHANAN AWAM MALAYSIA NEGERI PERLIS.
Pada 2 Februari 2009,Jabatan Pertahanan Awam Negeri Perlis telah menerima seorang pengarah baru yang berpindah dari Pusat Latihan Pertahanan Awam Butterworth.Perbarisan kehormat yang diketuai oleh Lt (PA) Shahiran Bin Mustafa telah siap sedia di perkarangan Pusat Kawalan 999 Kangar untuk menyambut pengarah.Tepat jam 9.00 pagi,pengarah baru JPAM negeri Perlis, Mejar (PA) Mokhtar Bin Samat sampai di perkarangan Pusat Kawalan 999 Kangar.Tuan pengarah dijemput ke pentas hormat untuk menerima tabik hormat dan menerima tongkat sebagai simbol penerimaan tugas seterusnya beliau memeriksa perbarisan kehormat.Seterusnya majlis diteruskan dengan penyerahan buku serah tugas yang ditandatangani oleh Lt (PA) Marzuki Bin Jamil dan Tuan pengarah.Dengan menandatangani buku serah tugas,Mejar (PA) Mokhtar Bin Samat telah sah menjadi pengarah di JPAM negeri Perlis.Tuan pegarah memberi ucapan pengenalan kepada anggota-anggota yang hadir.Turut menghadiri majlis ialah guru-guru kadet Pertahanan Awam dari beberapa buah sekolah di negeri Perlis.Majlis ditamatkan dengan jamuan makan tengah hari






Sunday, March 1, 2009

OPERASI MENCARI MANGSA MATI LEMAS

Pada 1 Januari 2009 yang lalu,Pusat Kawalan 999 Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) negeri Perlis telah menerima satu panggilan kecemasan daripada seorang anggota yang memaklumkan bahawa terdapat satu kejadian mangsa hilang di sungai Kodiang,Kedah.Mangsa dipercayai jatuh ke dalam sungai bersama-sama dengan sebuah motosikal yang dipercayai motosikal curi.Anggota Skuad yang bertugas telah bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan operasi menyelamat.Pada 2 januari 2009,pasukan skuba dan beberapa anggota JPAM negeri Perlis telah diarahkan untuk ke tempat kejadian bagi meneruskan operasi menyelamat kerana mangsa masih lagi belum ditemui dan dipercayai masih ada di dalam sungai tersebut.Pasukan skuba JPAM negeri Perlis bersama-sama dengan pasukan skuba JPAM negeri Kedah bekerjasama untuk mencari dan menyelamat mangsa lemas.Turut menyertai operasi tersebut ialah pasukan Polis dan anggota Bomba.Sebuah bot JPAM negeri Perlis telah di bawa untuk operasi tersebut.Operasi menyelamat berlarutan sehingga lewat petang yang bermula dari pagi dan mengambil masa 8 jam.Operasi tersebut ditamatkan pada 3 Januari 2009 selepas perbincangan antara pihak JPAM,Bomba dan Polis memutuskan mangsa tiada di dalam sungai.



Sunday, February 22, 2009

SEKITAR PROSES TEMUDUGA DAN UJIAN FIZIKAL ANGGOTA BARU 2009

Tarikh: 6-7 Januari 2009
Tempat: Pusat Kawalan 999 Pertahanan Awam Kangar




EKSESAIS KHAS BERSAMA ZON UTARA

Tiga buah negeri Perlis, Kedah dan P.Pinang telah menjayakan Eksesais Khas Mencari Dan Menyelamat (SAR) JPAM Zon Utara yang diadakan di Pantai Pasir Tengkorak , Langkawi pada 12-14 Disember lalu. Latihan yang julung kali diadakan ternyata menunjukkan semangat di kalangan anggota yang menyertai latihan kali ini. Dato KP telah meluangkan masa untuk melawat perjalanan program ini. Pasukan dari negeri Perlis telah menurunkan seramai 50 orang anggota dalam latihan ini. Antara aktiviti sampingan yang dijalankan sepanjang latihan ini ialah Night Rescue Callenge, Bola Sepak Pantai dan Karaoke.

UNTUK TONTON VIDEO INI, klik di sini




Monday, February 2, 2009

EKSESAIS TAMAT LATIHAN 2008

Pada 9-11 Disember JPAM Perlis talah mengadakan Latihan kemuncak bagi tahun 2008 bertempat di Pendang Lake Resort, Pendang, Kedah. Ia menggabungkan semua bahagian dalam seksyen Pertahanan Awam. Latihan ini berjalan dalam bentuk Rescue Challenge yang mana anggota akan melalui bahagian ikatan, Usungan, Menyelamat Tempat Tinggi, Menyelamt di Air dan Melawan Kebakaran.

UNTUK TONTON VIDEO INI, klik di sini