Tuesday, May 5, 2009

PERLAWANAN FUTSAL MENENTANG JABATAN PERTANIAN

Perlawanan ini diadakan di D'Futsal Centre, Batu Dua, Kangar, Perlis pada 1 April 2009



Monday, May 4, 2009

TEMUDUGA ANGGOTA BARU UNIT IKM

Diadakan pada 1 April 2009 bertempat Institut Kemahiran Mara (IKM) Beseri, Perlis.






OPERASI BANJIR DI ULU PAUH

29 Mac 2009, Skuad petugas pusat kawalan 999 Kangar di gegaskan ke lokasi banjir yang telah menelan beberapa kawasan di Ulu Pauh berhampiran dengan Politeknik Syed Sirrajuddin, Pauh termasuk kedua-dua hala lebuhraya Kuala Perlis –Changloon. Anggota seramai 30 orang dikerahkan di dalam operasi ini dan diketuai oleh Lt.(PA) Marzuki bin Jamil sebagai pegawai yang bertugas pada ketika itu.

Turut hadir bagi meninjau kawasan tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Pauh, Datuk Seri Syed Razlan Jamalullail. Banjir kilat ini berpunca dari hulu sungai Ulu Pauh yang dilanda hujan lebat dan anggota JPAM Perlis diarahkan untuk membuat persiapan susulan seperti persediaan bot dan kelengkapan lain kerana kemungkinan banjir akan semakin teruk. Sebanyak 20 keluarga dipindahkan di pusat pemindahan berdekatan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).



Wednesday, April 22, 2009

Wednesday, April 1, 2009

LATIHAN LUAR MELAWAN KEBAKARAN

Pada 20 hingga 22 Februari 2009,permulaan latihan luar untuk tahun 2009 telah diadakan di Tasoh Lake Resort.Seramai 40 orang anggota menyertai latihan ini.Anggota diajar tentang Melawan Kebakaran iaitu salah satu seksyen dalam Pertahanan Awam iaitu kebombaan.Pada permulaan latihan,anggota diajar mengenal peralatan Melawan Kebakaran dan cara-cara membawa,membentang serta menggulung hose.Seterusnya anggota membuat latihan amali tentang tatacara kawad pili bomba dan kawad pam 2C iaitu satu aliran 300 kaki.Pada malam 21 Februari,satu simulasi tentang kebakaran hutan diadakan untuk memberi serba sedikit gambaran kepada anggota untuk melawan kebakaran.Latihan tamat dengan jayanya apabila semua anggota dapat memahami tentang melawan kebakaran.