Sunday, July 31, 2011

EKSESAIS BERSAMA PERTAHANAN AWAM ZON UTARA SIRI 2/2011

6-8 Mei - Usaha Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) melatih rakyat Malaysia dalam pasukan sukarelawan semakin mendapat perhatian melalui peningkatan pendaftaran pengambilan anggota baru yang menyertai pasukan beruniform ini. Ia juga semakin releven dan selari dengan hasrat kerajaan untuk melatih rakyat negara ini dengan ilmu Pertahanan Awam.


JPAM sentiasa peka dan bersedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan seperti kes mangsa hilang atau mati lemas. Melalui pembelajaran Mencari dan Menyelamat (SAR) di dalam pertahanan Awam ia mengaplikasikan subjek pembacaan peta, Teknik pencarian Mangsa, Penubuhan Pengkalan, Kod Isyarat Kecemasan, Teknik Menyelamat, dan Ikhtiar Hidup begitu juga Combat Medic turut diterapkan.


Anggota Penyelamat perlu juga mempunyai kekuatan mental dan fizikal dalam menghadapi situasi yang cemas dan mencabar ini. Tidak kira di mana dan bila, Pasukan JPAM akan menjalankan maklumat dan keterangan mengenai kes yang berlaku terutama dalam operasi mencari dan menyelamat.


Selain itu, Ketua Pengarah JPAM, Dato’ Hj Abdul Halim bin Abd Hamid berkata Perkhidmatan dan cawangan JPAM akan sentiasa diperluas dari masa ke semasa untuk mencapai hasrat jabatan, katanya ketika merasmikan Majlis Penutup Latihan Bersama Pertahanan Awam Zon Utara di Tapak Perkhemahan Hujan-hujan Gua Kelam, Perlis.


Latihan ini telah bermula dari 6-8 Mei yang mana melibatkan seramai 345 orang pegawai dan anggota dari Perlis, Kedah dan P.Pinang. Latihan yang bertemakan SAR ini akan memberi peluang dan pengalaman kepada Pasukan Sukarelawan JPAM supaya dapat melibatkan diri dalam operasi SAR dengan penuh terlatih.

Pada peringkat awal, semua peserta dikehendaki berjalan malam dengan berbekalkan peta dan kompas bagi mendedahkan mereka dengan pengetahuan berkaitan pembacaan peta dan kompas. Masa yang diperuntukkan adalah 5 jam sejauh 5 kilometer yang mana berbagai halangan yang dilalui di perkampungan berhampiran tempat eksesais seperti ladang getah dan sebagainya. Ia dapat melatih anggota supaya dapat menghadapi laluan yang sukar dilalui penyelamat.


Kekuatan fizikal peserta dinilai melalui seksyen menyelamat tempat tinggi yang memerlukan sikap kerjasama diantara ahli kumpulan. Penyelamat dikehendaki mencari dan membawa mangsa melintasi kawasan tasik dengan menggunakan tali. Segala kelengkapan dan peralatan digunakan untuk menjamin keselamatan penyelamat dan mangsa termasuk bekalan makanan mentah yang diberikan untuk mereka masak dan makan bersama.


Selain itu, kaedah mencari mangsa di dalam air cetek dan di tempat gelap seperti di dalam gua turut diuji oleh jurulatih. Teknik ini dapat mengetahui keadaan sebenar penyelamat ketika mencari mangsa yang tidak sedarkan diri atau mati. Ia merangkumi bagaimana atau faktor sebenar keadaan mangsa tersebut. Keseluruhan tempat eksesais ini digunakan sepenuhnya termasuk kawasan tumpuan pelancong.


Yang Amat Setia Dato' Ketua Pengarah sempat melawat ke tempat eksesais sehingga ke Laluan Sejarah Gua Kelam. Beliau amat berbangga dan memuji sistem perlaksanaan eksesais pada kali ini berdasarkan faktor geografi dan kemudahan yang ada di tempat eksesais yang amat memuaskan. Kesudian Dato' yang hadir pada setiap sudut tempat yang mana latihan dijalankan mendapat penghormatan oleh warga Pertahanan Awam Zon Utara.


Kemeriahan majlis penutup yang dirasmikan oleh Dato' mendapat pujian kerana sumbangan dan kerjamasa dari semua pihak telah melengkapkan proses perjalan eksesais ini tanpa sebarang gangguan. Selain acara penyampaian hadiah dan sjiil kepada semua peserta, turut diadakan acara penyampaian Pingat Am Pertahanan Awam (PA) kepada 5 orang pegawai dan anggota JPAM Perlis. Aksi menarik yang diselitkan sepanjang majlis penutup ini adalah penyampaian cenderahati kepada Dato' Ketua Pengarah dengan menggunakan teknik Flying Fox dan Simulasi Operasi mencari dan menyelamat dari Unit Anjing Pengesan cetusan idea dari JPAM Perlis.








Monday, June 13, 2011

SNAKE: RESCUE AND CAPTIVE

30 April 2011 - Peningkatan statistik tangkapan haiwan berbisa seperti ular di negeri Perlis semakin meningkat berikutan penigkatan faktor cuaca dan persekitaran. Khidmat JPAM Perlis semakin diperlukan dan meluas dalam menyelesaikan kes ini untuk memastikan tempat tinggal penduduk dalam keadaan yang selamat dari ancaman haiwan berbisa ini.
Taman Ular dan Reptilia Negeri Perlis telah menjayakan Majlis Snake: Rescue And Captive yang mana JPAM Perlis diberi penghormatan untuk menunjukkan aksi menangkap ular di hadapan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis Tuanku Faizuddin Putra Jamalullail dan isteri. Aksi penangkapan ular disaksikan oleh ribuan pengunjung yang datang ke Taman Ular dan Reptilia di dalam sketsa yang dilakonkan oleh pelakon berbakat dari UniMAP. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Menteri Besar Perlis, Dato Seri Md Isa Bin Sabu dan Pengarah JPAM Perlis Mej.(PA) Ishak Bin Mohd Radzi.
Pengetahuan masyarakat tentang bahaya dan pentingnya reptilia ini perlu ditingkatkan kerana faktor persekitaran yang dikelilingi oleh sawah-sawah dan ladang-ladang menyebabkan negeri ini mencatatkan jumlah tertinggi kes ular.



PERLIS BANJIR LAGI

Dalam masa 5 bulan Negeri Perlis sekali lagi telah dilanda banjir yang juga melumpuhkan hampir keseluruhan bandar Kangar dan sekitarnya. Ia bertambah buruk lagi berikutan pembukaan pintu Empangan Timah Tasoh telah menyebabkan air melimpahi sungai-sungai utama dan jalan-jalan yang menghubungkan terus dengan Bandar Kangar ditutup.

Sebanyak 35 pusat pemindahan telah dibuka menempatkan mangsa-mangsa banjir yang mana telah menenggelamkan rumah mereka. Dengan bantuan dari anggota JPAM Kedah dan P.Pinang, operasi ini menumpukan kawasan yang berisiko tinggi dilanda banjir berikutan tragedi sama yang melanda negeri ini pada awal November 2010 lalu.

Tidak terkecuali kes kemalangan jalanraya lagi menyukarkan penyelamat kerana terpaksa mengaharungi air setinggi 5 kaki dengan menggunakan bot dan Handalan. Walaubagaimanapun tidak ada kes kematian yang dilaporkan sepanjang operasi melibatkan banjir ini. Cuaca hujan yang berlaku hampir seminggu telah menyebabkan beberapa kawasan dilanda pokok tumbang dan perkhidmatan yang diberikan oleh para anggota ternyata memuaskan penduduk sekitar.

Dalam operasi ini seramai hampir 4000 orang mangsa telah berjaya dipindahkan berikutan ada mangsa yang dari golongan OKU dan warga emas diberi keutamaan termasuk juga mangsa bersalin. Ada juga mangsa yang sanggup mengendahkan keselamatan diri dan keluarga kerana ada yang menganggap keselamatan peralatan rumah harus diutamakan. Dengan kemudahan pengangkutan yang ada seperti Handalan 5 tan, 3 tan, bot dan logistik yang lain telah membantu pasukan JPAM menjalankan tugas dengan sempurna.

Pejabat Pertahanan Awam Daerah (PPAD) dan Pusat Kawalan Operasi 999 Kangar yang juga dinaiki air telah membuka Bilik Gerakan Operasi Banjir bermula 12.00 tengahari 29 Mac. Seramai lebih 150 orang anggota telah terlibat dalam operasi ini. Sistem komunikasi dan penyaluran maklumat yang tepat dan cepat merupakan satu faktor yang penting dalam menjalankan operasi ini.

Antara kawasan yang teruk dilanda banjir adalah di kawasan Padang besar seperti di Titi Tinggi, Alor Tampang, Lembah Biak dan Beseri. Manakala di kawasan Kangar ialah Kg. Teluk Jambu, Asam Bungkas, Panggau, Sungai Batu Pahat, Behor Empiang, Taman Intan, Tebing Tinggi, Taman Padang Katong, Padang Melangit dan beberapa kawasan di Arau.


Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Dato' Azizan Bin Hamid menegaskan supaya meneruskan operasi khidmat kemanusiaan ini untuk dengan memberi apa jua bantuan yang diperlukan dan sentiasa berhubung dengan mana-mana agensi terlibat yang lain, katanya ketika melawat Bilik Operasi Banjir JPAM Kangar pada 1 April 2011. Beliau juga sempat melihat beberapa ekor ular yang ditangkap sewaktu operasi banjir di sekitar Kangar dan sempat memberikan beberapa bantuan makanan kepada para petugas operasi ini.

Pihak JPAM sentiasa mengingat orang ramai supaya berhati-hati semasa fenomena ini melanda kerana kemalangan nyawa tidak mengenal masa dan tempat. Selain itu memberi kerjasama kepada agensi yang terlibat dalam bencana ini dan faham terhadap tugas dan peranan setiap agensi tersebut terutamanya JPAM. Setiap pergerakan kenderaan sewaktu bencana ini mempunyai tujuan dan tugas yang tertentu yang kemungkinan ada sesetengan pihak salah anggap dengan sesuatu kerja yang dijalankan.














Operasi Pemulihan dengan membabitkan PISPA dan SISPA diteruskan dengan misi khidmat kemanusiaan membersihkan premis dan tempat yang telah ditenggelami air. Permintaan yang memberansangkan diatas kepercayaan rakyat untuk meneruskan tugas yang murni ini. Segala kemudahan peralatan dan tenaga yang mencukupi akan digunakan oleh lebih 100 orang anggota Angkatan, PISPA dan SISPA. Antara tempat yang dibersihkan adalah sekolah-sekolah, rumah wargs emas, rumah OKU dan lain-lain.