Ketibaan Pemangku Pengarah JPAM Perlis, Kapt. (PA) Mohd Ruhaizul Bin Md Isa @ Mansur pada jam 9.00 pagi disertai pemeriksaan kawalan kehormat yang juga disertai oleh anggota Pertahanan Awam dari Unit SISPA dan PISPA seluruh Perlis. Pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti Pameran yang melibatkan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan kesihatan, suntikan vaksin, sukaneka, The Civil Defence Explorace yang melibatkan penyertaan anggota dalam pertandingan kemahiran Pertahanan Awam yang dijalan di seluruh bandar Kangar.
Majlis sambutan hari raya pada sebelah malamnya ternyata meriah dengan kehadiran seluruh rakyat Negeri Perlis di samping melibatkan aktiviti bersama masyarakat. Para anggota dan orang awam turut mengenengahkan bakat mereka dalam persembahan karaoke. Acara kemuncak pada Majlis Sambutan Hari Raya, Pemangku pengarah turut menyampaikan hadiah pertandingan The Civil Defence Explorace kepada pemenang yang mana peserta dari unit SISPA Politeknik Syed Sirrajudin menjadi johan dalam pertandingan tersebut.

















