Monday, January 31, 2011

OPERASI BANJIR DI NEGERI PERLIS

1-6 November 2010 - Kali terakhir Perlis dilanda banjir besar pada tahun 2005 dan setelah 5 tahun kemudian sekali lagi JPAM Perlis diberi tugas untuk mengemudi Operasi Banjir Perlis 2010 dengan memberi khidmat kemanusiaan kepada rakyat. Dengan bantuan dari JPAM Negeri Selangor, Ibu Pejabat, Melaka, P.Pinang dan Johor Operasi ini berjalan dengan lancar walaupun kebanyakan jentera JPAM Perlis terkandas, namun tinggal Handalan 5 Tan sahaja yang menjadi tulang belakang operasi ini. Sebanyak 73 pusat pemindahan berdasarkan kawasan yang dilanda banjir. Bandar Kangar hampir lumpuh sepenuhnya telah kembali pulih pada hari ke 6 kejadian banjir yang telah memutuskan perhubungan dengan kawasan luar. Namun bantuan seramai lebih 200 orang anggota Pasukan JPAM telah memudahkan pergerakan dan operasi menyelamat.

Ketua Pengarah, Dato' Hj Abdul Halim bin Abdul Hamid yang hadir menyatakan rasa bangga diatas semangat sukarelawan para anggota yang terlibat dalam operasi ini tanpa putus memberi khidmat yang terbaik untuk masyarakat. Beliau juga dibawa ke kawasan yang telah menenggelamkan hampir keseluruhan negeri Perlis dan Pusat Pemindahan Mangsa Banjir di SK Tambun Tulang. Bilik Gerakan MKN yang terletak di kompleks SUK telah dibuka dan menempatkan pegawai-pegawai dari tiap-tiap agensi yang terlibat menerima kes dan melaksanakan tugas berdasarkan arahan yang diterima. Tumpuan lebih diberikan kepada penduduk yang mengalami kecemasan di dalam kawasan yang terputus hubungan dan bantuan kepada kakitangan hospital untuk memberi rawatan di hospital.

Kebanyakan jalan-jalan utama ditutup kepada kenderaan ringan telah menyebabkan bekalan makanan berkurangan apabila kedai dan pasaraya di Kangar menutup operasinya. Mengikut maklumat tak rasmi yang diterima, limpahan air yang datang adalah disebabkan pembukaan empangan secara drastik di Wilayah Hatyai telah memberi impak di Negeri Perlis dan sempadan Kedah. Oleh itu, penduduk diingatkan supaya berjaga-jaga kemungkinan banjir besar ini akan berulang. JPAM Perlis sentiasa mengingatkan rakyat negeri ini menerusi siaran radio dan internet supaya sentiasa menjaga keselamatan keluarga dan harta benda sepanjang bencana ini berlaku di samping wabak penyakit yang mungkin akan menular kepada penduduk yang terlibat.

Dalam pada itu, seorang remaja berumur 21 tahun berasal dari Simpang Empat, Mohamad Nurul Afiq bin Mohd Rozaidi maut akibat terjatuh ke dalam sungai bersama basikal yang ditunggangnya. Mangsa dipercayai terjatuh berhampiran Terusan Pam JPS Simpang Empat lebih kurang jam 1.15 petang (3 November) disaksikan oleh penduduk kampung yang berada di kawasan tersebut. Pasukan Penyelamat JPAM Perlis yang sedang dalam operasi memindahkan mangsa banjir, digerakkan bersama Unit Skuba JPAM Perlis dan PDRM untuk meneruskan operasi mencari dan menyelamat. Namun proses pencarian menjadi semakin sukar berikutan arus air yang terlalu deras. Penemuan mayat yang terapung oleh petugas JPAM Selangor yang bertugas waktu itu pada keesokkan paginya lebih kurang 7.30 pagi (5 November) telah menghilangkan persepsi negatif penduduk kampung terhadap mangsa tersebut. Mangsa seterusnya dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah Kangar dan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.










Persediaan menghadapi banjir gelombang kedua tetap menjadi perhatian di kalangan pasukan penyelamat walaupun keadaan paras air semakin reda. MB Perlis menyeru rakyat supaya berhati-hati kemungkinan ramalan dari Jabatan Perkhidmatan Kajicuaca menerangkan keadaan monsun dan keadaan angin kencang pada waktu itu tidak boleh dijangka. Selain itu, kes ular yang mendiami rumah mangsa juga akan ditingkatkan pengoperasiannya. Besar kemungkinan ular jenis sawa, tedung selar atau senduk akan menjadikan batu, celah lantai, almari dan seumpanya sebagai sarangnya. Mengikut statistik, Perlis di antara negeri yang paling banyak menangani kes ular terutamanya sewaktu hujan, panas dan selepas banjir.

Tepat jam 5.00 petang pada 11 November, Bilik Gerakan Banjir di Pusat Kawalan 999 Kangar, ditutup dengan jumlah mangsa di pusat pemindahan berkurangan. Walau bagaimanapun kejadian gelombang ke-2 sebagaimana yang diwawarkan, tetap menjadi persediaan kepada Pasukan JPAM untuk meneruskan tugas yang getir ini. Ucapan penghargaan terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam tugas yang murni ini yang mungkin selepas ini JPAM akan dikenali dengan operasi khidmat kemanusiaannya.

Petikan Akhbar Harian Metro (10/11/2010)
Petikan Akhbar Utusan (10/11/2010)
Petikan Akhbar Utusan (4/11/2010)
Petikan Akhbar Utusan (6/11/2010)
Petikan Akhbar Berita Harian (4/11/2010)
Petikan Akhbar Berita Harian (7/11/2010)







lain-lain gambar lawati facebook



OPERASI PEMULIHAN SELEPAS BANJIR

Khidmat Kemanusiaan JPAM Perlis diteruskan dengan melaksanakan Operasi Pemulihan bagi kawasan yang dilanda banjir di Negeri Perlis. Seramai lebih kurang 100 orang anggota JPAM Perlis akan ditugaskan untuk melaksanakan operasi ini untuk membersihkan kawasan yang mempunyai kesan daripada dinaiki air. Dengan kemudahan logistik dan kenderaan yang ada Pasukan JPAM Negeri Perlis sentiasa memberi perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat tanpa mengira kaum dan agama. Ia akan berterusan selagi ada kawasan yang teruk dilanda banjir dan berdasarkan permintaan dari mana-mana badan atau agensi yang memerlukan perkhidmatan JPAM. Operasi ini memberikan impak yang positif terhadap Operasi khidmat kemanusiaan unutuk memberikan sumbangan dari rakyat untuk rakyat berteraskan konsep 1Malaysia. Selain itu, JPAM Perlis sentiasa mengingatkan kepada mangsa yang pulang ke rumah dan membersihkan tempat kediaman mereka supaya berhati-hati dengan binatang berbisa seperti ular kerana binatang tersebut akan menjadikan kediaman sebagai sarangnya.







Sunday, December 12, 2010

LATIHAN LUAR PANTAI MERDEKA

12-14 OKTOBER 2010 - Bermulanya pergerakan anggota JPAM Perlis dari PPAD Kangar pada awal pagi menunjukkan semangat kesukarelawan tidak luntur dakalangan mereka untuk menyertai pelbagai aktiviti Pertahanan Awam.

Pantai Merdeka, Kedah pada kali ini menjadi medan warga JPAM Perlis untuk menjalani Latihan Luar. Antara pengisian latihan ini adalah sesi pengetahuan Compass Matching yang membabitkan perjalanan sejauh 7 km di kawasan perkampungan Kuala Muda yang mana keseluruhannya dikelilingi sawah padi yang diadakan pada waktu malam. Kecekapan anggota dalam untuk memulakan perjalanan menggunakan peta dan kompas bagi seseorang penyelamat adalah penting sekiranya ditugaskan untuk menjalankan operasi di kawasan yang tidak diketahui penyelamat.

Mental dan fizikal anggota terus teruji dengan aktiviti berkayak yang dikendalikan oleh jurulatih jemputan mengenai pengetahuan kemahiran berkayak. Turut serta dalam aktiviti ini adalah Tuan Pengarah sendiri, Mej.(PA) Ishak Bin Mohd Radzi. Perjalanan sejauh lebih kurang 8 km ini menampakkan semangat berpasukan di kalangan anggota disamping mengejar-ngejar untuk sampai ke tempat yang dituju. Kayuhan bermula dari Pantai Peranginan Pantai Merdeka melalui Sungai Sembeling sehingga ke sebuah kampung berhampiran Kuala Muda.

Menyelamat Tempat Tinggi yang diadakan pada hari terakhir menjadi acara penutup latihan bagi program ini yang kemungkinan sebagai persiapan bagi anggota yang terlibat dalam Eksesais Zon Utara siri 3/2010 yang dijangka berlangsung di tempat yang sama.



Saturday, November 6, 2010

EKSESAIS ZON UTARA DI P.PINANG

Eksesais Zon Utara Siri 2/2010
Tempat : Empangan Mengkuang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Tarikh : 1hb - 3hb Oktober 2010
Negeri Terlibat : Perlis,Kedah,Pulau Pinang.


Pada 1hb - 3hb Oktober 2010, JPAM Perlis telah menyertai Eksesais Zon Utara di Empangan Mengkuang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Seramai 34 orang anggota lain - lain pangkat diiringi 4 orang pegawai tetap serta 4 orang urusetia dari JPAM Perlis terlibat dalam eksesais pada kali ini.
JPAM Perlis bertolak dari PPAD Kangar pada pukul 9.00 am dan tiba di PPAD Butterworth untuk pendaftaran. Selepas sesi pendaftaran selesai, pasukan Perlis begerak ke lokasi dan tiba di lokasi pada pukul 2.00 pm. Urusetia dari Pulau Pinang telah membahagikan kepada 10 kumpulan. Pada hari kedua latihan telah dijalankan. Sebanyak 7 checkpoint telah diadakan bagi menguji kemahiran setiap kumpulan. Setiap ujian dan halangan banyak menguji mental dan fizikal setiap anggota kumpulan. Latihan ini juga turut dilawati oleh Timbalan Ketua Pengarah JPAM Dato' Selamat Bin Haji Dahlan. Sesi penerangan dan jadual latihan telah dijelaskan oleh kem komanden latihan JPAM Penang. Eksesais pada kali ini berjalan dengan lancar dan teratur seperti yang telah dirancangkan oleh JPAM Pulau Punang. Semoga semua anggota dan pegawai tetap dapat meneruskan eksesais siri 3 yang akan diadakan di negeri Kedah.









SAMBUTAN HARI RAYA AILDILFITRI

25 September 2010 - Kemeriahan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dihadiri lebih kurang 700 orang warga Pertahanan Awam Negeri Perlis dan Zon Utara ternyata menunjukkan semakin berkembang ahli keluarga Pertahanan Awam dalam menjadikan sebuah jabatan yang kuat dengan fungsinya sendiri. Ketua Pengarah Pertahanan Awam Malaysia, Dato' Hj Abdul Halim bin Abdul Hamid bersama isterinya, Datin Nawan Bt Salleh berpuas hati dengan majlis yang telah berlangsung walaupun dalam keadaan cuaca hujan. Dato' bersama datin juga melawat ke gerai-gerai makanan dan minuman popular negeri Perlis yang telah diatur dan disediakan oleh warga JPAM sendiri sebanyak 15 menu yang telah menjadi hidangan Dato'. Dalam majlis tersebut diadakan sesi karaoke dan anggota juga menunjukkan bakat dalam sesi berbalas pantun yang menjadi tarikan hadirin yang hadir sambil menjamu selera.

Sebanyak 15 makanan dan minuman pada majlis sambutan ini adalah hasil dari kreativiti anggota sendiri dalam penyediaan hidangan masing-masing yang terdiri daripada kambing golek, laksa Perlis, satay, aiskrim, nasi kerabu, kew teow kerang, cendol pulut dan lain-lain. Dalam Ucapan Dato' Ketua Pengarah, JPAM seluruh Malaysia akan menganjurkan majlis seumpama ini sepanjang bulan Syawal dan dihadiri oleh Pegawai Pengurusan Tertinggi Pertahanan Awam termasuk Ketua Pengarah sendiri. Selain itu dalam sidang media, dato' telah mengumumkan statistik program Ops Bantu yang telah berjalan selama lebih kurang 2 minggu sempena musim perayaan Aidilfitri dan negeri Perlis telah mencatatkan sebanyak 77 kes dan 65 mangsa.

Kemeriahan semakin terjalin dengan kehadiran oleh Warga PISPA dan SISPA dari UniMAP, IKBN, Politeknik, ILP, IKM, guru penyelaras Kadet Pertahanan Awam dan Peserta Kursus Asas Siri 8/2010 yang sedang menjalani Kursus Asas Pertahanan Awam.

Lihat Paparan berita tempatan lain